:
VISI%20DAN%20MISI%20YAYASAN

22-Jun-2020

 

 VISI

⇒ Menjadi pusat kebajikan umat Islam melalui pemantapan sistem pendidikan Islam serta memajukan ekonomi umat Islam melalui ajaran yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah

 
 MISI
⇒ Mengukuhkan dana kewangan yang berlandaskan syariah Islam bagi membantu ekonomi umat Islam dalam aspek kebajikan dan sosial untuk faedah semua umat Islam
⇒ Membangun dan memajukan harta wakaf umat Islam
⇒ Merancang dan melaksanakan program keagamaan, kebajikan, kemasyarakatan dan lain-lain aktiviti yang menyokong dalam meningkatkan ekonomi, pendidikan dan silaturrahim sesama umat Islam
⇒ Membina rangkaian yang kuat bersama pertubuhan-pertubuhan, agensi-agensi dan syarikat-syarikat serta individu yang ingin bekerjasama dalam meningkatkan ekonomi umat Islam
 
OBJEKTIF
⇒ Menjalankan kerja-kerja dan perkhidmatan amal / khairat dan kebajikan untuk pelajar khususnya dan masyarakat umumnya
⇒ Memiliki hartanah dan aset untuk memenuhi keperluan tujuan yayasan dengan syarat persetujuan Pemegang Amanah serta tertakluk kepada kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa
⇒ Mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat muhibah dalam kalangan pelajar khasnya dan masyarakat umum amnya
⇒ Meninggikan taraf Pendidikan Islam, Bahasa Arab, al-Quran dan Hadis di peringkat rendah / menengah / tinggi kepada semua lapisan masyarakat
⇒ Memohon kelulusan bagi mendapatkan perlepasan cukai pendapatan kepada yang memberi penajaan, wakaf, zakat, amal, khairat, sumbangan dan infaq kepada yayasan
⇒ Mencari peluang atas tujuan menjana ekonomi yayasan melalui projek berdaya maju kekal atau sementara
 
TEMA
"Menjana Ekonomi dan Berkebajikan"