:
FAQ


Q: Bilakah Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang ditubuhkan?
A: Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang ditubuhkan pada 20 Disember 2012. Rujuk sejarah lengkap di sini -->> Sejarah Darul Hadis Pulau Pinang

 

QAdakah Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang merupakan sebuah sekolah bantuan kerajaan?
A: Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang merupakan sebuah institusi pendidikan swasta sepenuhnya dan berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agam Islam Pulau Pinang.

 

QBagaimanakah caranya untuk mendaftar sebagai pelajar di Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang?
A: Ketika ini hanya pengajian tahfiz sepenuh masa sahaja yang ditawarkan di Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang. Setiap tahun, permohonan pendaftaran dibuka pada bulan September dan akan ditutup pada penghujung bulan Oktober. Temuduga bagi yang layak akan diadakan pada awal bulan November dan calon yang layak akan memulakan pengajian pada bulan Januari. Tiada permohonan dibenarkan untuk mendaftar pada bila-bila masa selain pada bulan September hingga Oktober.

 

QBerapakah jumlah yuran pengajian di sini?
A: Yuran pengajian di Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang adalah seperti berikut:
    Yuran bulanan: RM330.00 sebulan
    Yuran tahunan: RM170.00 setahun
    Yuran JIBG: RM100.00 setahun atau RM10 sebulan
    Yuran pendaftaran: Berbeza mengikut tahun berdasarkan keperluan semasa yang diberikan kepada pelajar. Sebagai contoh untuk tahun 2024 yuran pendaftaran adalah sebanyak RM1,590.00
    Terdapat juga yuran-yuran lain berdasarkan program-program yang dijalankan seperti yuran kem pelajar baharu, yuran lawatan tahunan dan lain-lain.

 

QAdakah Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang menerima kemasukan pelajar perempuan?
A: Maaf. Ketika ini semua pelajar Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang ialah lelaki sahaja.

 

QAdakah Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang membuka pendaftaran untuk kemasukan ke pengajian pondok / alim?
A: Maaf. Ketika ini kemasukan ke pengajian pondok / alim hanya ditawarkan kepada pelajar tahfiz Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang yang telah menamatkan hafalan 30 juzuk al-Quran serta lulus ujian syahadah al-Quran sahaja. Namun, Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang menawarkan pengajian umum setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 9 pagi yang boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja secara percuma.

 

QAdakah Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang mempunyai cawangan lain? Ada banyak tempat yang mempunyai nama Darul Hadis.
A: Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang tidak mempunyai mana-mana cawangan dan tidak menjadi cawangan kepada institusi lain yang mempunyai nama Darul Hadis. Hanya sahaja beberapa entiti yang mempunyai kaitan dengan Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang iaitu Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah (yayasan dan pertubuhan NGO), Koperasi Warga Darul Hadis Pulau Pinang Berhad (perniagaan) dan Maktabah Darul Hadis Al Filfilaniyyah Empire (penerbitan buku).

 

QAdakah Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang boleh menerima zakat?
A: Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang boleh menerima semua jenis zakat selain zakat fitrah. Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang merupakan wakil rasmi Zakat Pulau Pinang dan mana-mana individu atau syarikat yang ingin membayar zakat melalui Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang boleh menghubungi nombor telefon pejabat di talian 012-7608691.