29 - 30 NOVEMBER 2025: Pada hari ini telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) siri 3 bagi tahun 2025 bertempat di Lidz's Homestay, Batu Belacan, Kuala Ketil. Program yang dikhususkan untuk semua warga kerja Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang (PPDHPP) dan Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah (YDHAF) merupakan satu aktiviti latihan bagi meningkatkan prestasi warga kerja secara berterusan. Pengisian program LDP kali ini adalah berkenaan perancangan penjanaan kewangan dan pelan 5 tahun Darul Hadis Pulau Pinang. Program berlangsung selama 2 hari ini melibatkan pengisian yang diampaikan oleh Mudir Am PPDHPP, Ustaz Mohamad Hanif bin Haron dan Setiausaha YDHAF, Ustaz Mohd Asril Hafiz bin Che Hashim. Dalam LDP kali ini juga warga kerja perlu membentangkan cadangan-cadangan rancangan 5 tahun dan projek untuk menjanakan kewangan Darul Hadis Pulau Pinang. Setiap cadangan akan diteliti dan ditapis sebelum disenaraipedndekkan oleh pentadbiran untuk digerakkan oleh semua warga kerja. Semoga LDP ini menjadi langkah awal menuju cita-cita besar iaitu penubuhan Universiti Wakaf Darul Hadis Al-Filfilaniyyah sebagai pusat ilmu, dakwah & kepimpinan ummah.










