https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1714986488.jpg

KURSUS ASAS PEMATERIAN ALAT ELEKTRONIK

21 APRIL 2024: PADA HARI INI SEBANYAK 20 ORANG PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH TERPILIH UNTUK MENGIKUTI KURSUS ASAS PEMATERIAN ALAT ELEKTRONIK "SKILLS FOR LIFE" ANJURAN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM. KURSUS INI DIJALANKAN DI DEWAN DATO' SERI TUAN GURU HJ HASSAN HJ AHMAD. DALAM KURSUS INI PARA PELAJAR DIBERI PENDEDAHAN MENGENAI KEMAHIRAN MEMATERI ALAT ELEKTRONIK. PROGRAM INI MERUPAKAN SALAH SATU AKTIVITI KEMAHIRAN YANG DITERAPKAN KEPADA PELAJAR PPDHPP AGAR DAPAT MELAHIRKAN HUFFAZ YANG SERBA BOLEH DAN MEMPUNYAI PELBAGAI KEMAHIRAN.

KURSUS ASAS PEMATERIAN ALAT ELEKTRONIK

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1714984854.jpg

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA KERJA DARUL HADIS PULAU PINANG

6 APRIL 2024: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA KERJA DARUL HADIS PULAU PINANG BERTEMPAT DI DEWAN DATO' SERI TUAN GURU HJ HASSAN HJ AHMAD, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). MAJLIS TURUT DIHADIRI OLEH PENASIHAT KEHORMAT 1, DATO' SERI HJ HASSAN B. HJ AHMAD. PROGRAM DIMULAKAN DENGAN UCAPAN PENGERUSI YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH, USTAZ MOHAMAD HANIF B. HARON DAN SETIAUSAHA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH, USTAZ MOHD ASRIL B. CHE HASHIM. MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA SEMUA WARGA KERJA DARUL HADIS PULAU PINANG SEBELUM DIAKHIRI DENGAN JAMUAN BERBUKA PUASA. 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1714966025.jpg

MAJLIS PENUTUP QARYAH RAMADHAN 1445H

6 APRIL 2024: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN MAJLIS PENUTUP QARYAH RAMADHAN 1445H BERTEMPAT DI DEWAN DATO' SERI TUAN GURU HJ HASSAN HJ AHMAD, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). MAJLIS DIHADIRI OLEH PELAJAR, WARGA KERJA DAN WARIS PELAJAR PPDHPP. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DISUSULI DENGAN UCAPAN OLEH MUDIR AM, USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON DAN PENGERUSI JEMAAH IBU BAPA DAN GURU (JIBG), ENCIK MOHD HIZWAN BIN MOHD YAHYA. MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN DUIT RAYA KEPADA PARA PELAJAR SEBELUM DIAKHIRI DENGAN SESI SALAM-BERSALAMAN ANTARA PELAJAR DENGAN GURU DAN WARGA KERJA PPDHPP.

MAJLIS PENUTUP QARYAH RAMADHAN 1445H

RANGKUMAN PROGRAM QARYAH RAMADHAN 1445H

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1714963203.jpg

PELAJAR KE-9 DAN KE-10 BERJAYA LULUS UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK AL-QURAN

4 APRIL 2024: ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT PADA HARI INI DUA ORANG LAGI PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH SELESAI MENJALANI UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK DI HADAPAN PEMERIKSA DALAMAN. UJIAN YANG BERLANGSUNG SELAMA TIGA HARI IAITU PADA 2 HINGGA 4 APRIL 2024 OLEH LUKMAN HAKIM BIN MOHD REDZUAN, 18 TAHUN DAN ABDUL QAYYUM BIN ZAIDI, 17 TAHUN. MEREKA MERUPAKAN PELAJAR KESEMBILAN DAN KESEPULUH YANG BERJAYA MENYELESAIKAN UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK AL-QURAN DI PPDHPP. SEMOGA KEJAYAAN INI DAPAT MENJADI CONTOH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG LAIN SUPAYA DAPAT MENGHABISKAN HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN UNTUK MENJADI BEKALAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

UJIAN SYAHADAH LUKMAN HAKIM & ABDUL QAYYUM

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1714963125.jpg

SUMBANGAN BAKUL KASIH RAMADHAN 1445H

3 APRIL 2024: PADA HARI INI, YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH MENGADAKAN MAJLIS SUMBANGAN BAKUL KASIH 1445H BERTEMPAT DI DEWAN DATO' SERI TUAN GURU HJ HASSAN HJ AHMAD, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). PADA MAJLIS INI, SEBANYAK 70 PENERIMA TELAH MENERIMA SUMBANGAN WANG TUNAI DAN BARANG KEPERLUAN HARIAN. MAJLIS INI DIADAKAN DENGAN KERJASAMA NISA' PULAU PINANG, MASJID JAMIUL SHARIF POKOK MACHANG, MASJID JAMEK AR-RAHMANI KAMPUNG BANGGOL DAN MASJID AR-RIDWAN NYIOR SEBATANG. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK YDHAF DALAM MENJAGA HAL KEBAJIKAN MASYARAKAT SETEMPAT.

MAJLIS SUMBANGAN BAKUL KASIH 1445H

VIDEO RANGKUMAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1713513162.jpg

GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK BERSAMA MASJID JAMIUL SHARIF

30 MAC 2024: PADA HARI INI PELAJAR DAN KAKITANGAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TURUT SERTA DALAM PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK ANJURAN MASJID JAMIUL SHARIF, POKOK MACHANG. PROGRAM BERMULA PADA PUKUL 8 PAGI DENGAN PELAJAR DAN KAKITANGAN PPDHPP MEMASAK 1 PERIUK BUBUR LAMBUK. PROGRAM INI JUGA DISERTAI OLEH WAKIL DARIPADA SURAU-SURAU DAN PENDUDUK DALAM KARIAH POKOK MACHANG. BUBUR LAMBUK YANG DISIAPKAN TELAH DIEDARKAN KEPADA PENDUDUK SEKITAR PADA SEBELAH PETANG.

GOTONG-ROYONG BUBUR LAMBUK 2024

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1713512376.jpg

QIAMULLAIL PERDANA 2024

30 MAC 2024: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN QIAMULLAIL PERDANA 2024 BERTEMPAT DI DEWAN TUAN GURU DATO' SERI HJ HASSAN HJ AHMAD, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). PROGRAM BERMULA PADA PUKUL 4.00 PAGI DISERTAI OLEH PELAJAR, KAKITANGAN DAN JUGA WARIS PELAJAR. QIAMULLAIL DIPIMPIN OLEH USTAZ HAMBALI B. ZULKIFLI. SELESAI QIAMULLAIL PARA PESERTA MENIKMATI SAHUR YANG TELAH DISEDIAKAN SEBELUM SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN DIAKHIRI DENGAN KULIAH SUBUH YANG DISEMPAIKAN OLEH USTAZ MUHAMMAD AZRI B. ZUBIR, GURU TAHFIZ PPDHPP.

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1713498417.jpg

SINGGAH SAHUR 2024

29 MAC 2024: BERMULA JAM 12 TENGAH MALAM SEHINGGA JAM 1.45 PAGI, SERAMAI 22 PETUGAS PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) DAN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH MENJAYAKAN PROGRAM SINGGAH SAHUR 2024. SEBANYAK 200 PEK BERUPA JUADAH MAKANAN SAHUR TELAH DIEDARKAN KE SEKITAR DAERAH SEBERANG PERAI UTARA DENGAN SASARAN PARA PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN GELANDANGAN. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK YDHAF DALAM MENJAYAKAN AGENDA KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN.

SINGGAH SAHUR 2024

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1713496860.jpg

FORUM PENGHAYATAN AL-QURAN SEMPENA HARI NUZUL AL-QURAN

28 MAC 2024: BERSEMPENA HARI NUZUL AL-QURAN, JABATAN HAL EHWAL MURID DAN AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) MENGADAKAN FORUM PENGHAYATAN AL-QURAN. FORUM INI BERTUJUAN MEMBERIKAN PENGISIAN MENGENAI PENGHAYATAN AL-QURAN SERTA KEPENTINGAN MEMBETULKAN NIAT UNTUK MNGHAFAL AL-QURAN KEPADA PARA PELAJAR. MAJLIS BERMULA PADA PUKUL 3.00 PETANG DENGAN AHLI PANEL TERDIRI DARIPADA SEMUA GURU TAHFIZ PPDHPP.

FORUM NUZUL AL-QURAN 2024

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1713407027.jpg

SESI PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN 2023

7 MAC 2024: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN SESI PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN 2023 BERTEMPAT DI DEWAN SEMINAR BANGUNAN AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). PADA SESI INI SETIAP JABATAN BAWAH PPDHPP, YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) DAN KOPERASI WARGA DARUL HADIS PULAU PINANG BERHAD (KWDHPPB) MEMBENTANGKAN LAPORAN YANG MERANGKUMI AKTIVITI, PENCAPAIAN DAN INDEKS PRESTASI UTAMA (KPI) SEPANJANG TAHUN 2023 UNTUK DINILAI DAN DIMUHASABAHKAN. PEMBENTANGAN DIJALANKAN DI HADAPAN AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YDHAF. DI PENGHUJUNG SESI TELAH DIADAKAN PENYAMPAIAN SAGUHATI KEPADA WARGA KERJA YANG TELAH DIANUGERAHKAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN BEBERAPA ANUGERAH LAIN BAGI TAHUN 2023. PEMBENTANGAN INI MERUPAKAN PROGRAM WAJIB YANG DIJALANKAN SETIAP TAHUN BAGI MENAMBAHBAIK PRESTASI SETIAP WARGA KERJA.

SESI PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN 2023

LAGI

Page 1 of 26