https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1725853993.jpg

HARI SUKAN TAHUNAN 2024

20 JULAI 2024: HARI SUKAN TAHUNAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) 2024 TELAH DIADAKAN PADA HARI INI BERTEMPAT DI DEWAN DATO' SERI HJ HASSAN HJ AHMAD, PPDHPP. PADA EDISI KALI INI, ACARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN IALAH LARIAN MERENTAS DESA, MUSANG BERJANGGUT DAN POTONG BUAH EPAL UNTUK MUSLIMAH SERTA ACARA KHAS SUKANEKA UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR BAWAH 7 TAHUN. TEMASYA DIMERIAHKAN DENGAN PENYERTAAN ACARA SUKAN OLEH PELAJAR, WARGA KERJA DAN WARIS PELAJAR. PADA PENGHUJUNG TEMASYA DIADAKAN PENYAMPAIAN HADIAH DAN CABUTAN BERTUAH.

HARI SUKAN TAHUNAN 2024 1

HARI SUKAN TAHUNAN 2024 2

HARI SUKAN TAHUNAN 2024 3

VIDEO RANGKUMAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1725852747.jpg

JEJAK ASNAF: BAKUL KASIH 3.0 BULAN JULAI 2024

19 JULAI 2024: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR PERMATANG BULOH, SUNGAI DUA DALAM PROGRAM KHAS JEJAK ASNAF: BAKUL KASIH 3.0 UNTUK BULAN JULAI 2024. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN DAPUR BERNILAI RM150 TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MOHD AZAM BIN ABDULLAH, AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

JEJAK ASNAF: BAKUL KASIH 3.0 JULAI 2024

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1725849587.jpg

SIRI PEMANTAPAN JAWI 2024

15 JULAI 2024: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN PROGRAM SIRI PEMANTAPAN JAWI BERTEMPAT DI DEWAN SEMINAR BANGUNAN AKADEMIK, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). PROGRAM INI BERTUJUAN MEMBERIKAN PENGISIAN ILMU KE ARAH MEMANTAPKAN PENULISAN JAWI DALAM KALANGAN PELAJAR. PADA PROGRAM INI PENGISIAN TELAH DIBERIKAN OLEH USTAZAH HAFIZAH BINTI MOHAMED DARI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA. SEMOGA PROGRAM HARI INI DAPAT MEMBERIKAN PENGETAHUAN TAMBAHAN MENGENAI TULISAN JAWI KEPADA PARA PELAJAR DI SAMPING DAPAT MEMBUATKAN PELAJAR DAPAT MEMBACA DAN MENULIS JAWI DENGAN LEBIH CEKAP.

SIRI PEMANTAPAN JAWI 2024

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1721354050.jpg

KULIAH DHUHA KHAS BERSAMA SS MUFTI PULAU PINANG

10 JULAI 2024: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN KULIAH DHUHA KHAS BERSAMA TETAMU ISTIMEWA, PROF MADYA DR MOHD SUKKI OTHMAN, MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG YANG BAHARU BERTEMPAT DI DEWAN TUAN GURU DATO' SERI HJ HASSAN HJ AHMAD, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). BELIAU MENYAMPAIKAN KULIAH YANG BERTAJUK "HIJRAH KEHIDUPAN BINA KEBERKATAN". SELEPAS KULIAH, SS MUFTI MELAWAT SEKITAR PPDHPP SEBELUM MENGHADIRI JAMUAN YANG DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT PPDHPP. SEMOGA UKHUWAH SERTA HUBUNGAN BAIK INI MAMPU MEMBERIKAN KEBAIKAN KEPADA UMMAH DI NEGERI PULAU PINANG KHASNYA DAN DI SELURUH NEGARA AMNYA INSYA-ALLAH.

KULIAH DHUHA KHAS BERSAMA SS MUFTI PULAU PINANG

VIDEO RANGKUMAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1721353287.jpg

TAHNIAH KEPADA DATO’ SERI HAJI HASSAN HAJI AHMAD

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DATO’ SERI HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD, PENASIHAT KEHORMAT 1 PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) ATAS PENGANUGERAHAN TOKOH MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1446H / 2024M DALAM MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN 1446H / 2024M YANG DIADAKAN DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC) PADA 6 JULAI 2024 YANG LALU. 

ANUGERAH TOKOK MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1721350290.jpg

SIRI PEMANTAPAN TAJWID 2024

5 JULAI 2024: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN PROGRAM SIRI PEMANTAPAN TAJWID BERTEMPAT DI SURAU RAUDHAH AL-FILFILANIYYAH, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). PROGRAM INI MERUPAKAN SALAH SATU SIRI PROGRAM-PROGRAM YANG DIADAKAN KHUSUS BAGI MEMBERIKAN PENGISIAN ILMU KE ARAH MEMANTAPKAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM HAFAZAN AL-QURAN, PENGAJIAN DAN AKHLAK. PADA SIRI KALI INI PENGISIAN TELAH DIBERIKAN OLEH AL-FADHIL USTAZ ISKANDARUZZZAMAN BIN ZULKIFLI, PENSYARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS). SEMOGA PROGRAM HARI INI DAPAT MEMBERIKAN SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA PARA PELAJAR UNTUK BERUSAHA MEMANTAPKAN BACAAN AL-QURAN SETERUSNYA MENGHABISKAN HAFALAN 30 JUZUK AL-QURAN.

SIRI PEMANTAPAN TAJWID

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1721349500.jpg

SUMBANGAN KERUSI RODA BULAN JUN 2024

30 JUN 2024: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH MENYUMBANG KERUSI RODA KEPADA BEBERAPA PENERIMA YANG BERADA SEKITAR KEPALA BATAS DAN BUKIT MERTAJAM. SUMBANGAN INI DILAKUKAN DENGAN KERJASAMA PUSAT-PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN PINANG TUNGGAL DAN PARLIMEN PERMATANG PAUH. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN.

KG BARU PINANG TUNGGAL

BUKIT MERTAJAM

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1721284917.jpg

KURSUS PENGHASILAN KEK MENTEGA DAN ASAS MICROSOFT OFFICE (POWER POINT)

27 & 28 JUN 2024: BEBERAPA ORANG PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENGHADIRI KURSUS PENGHASILAN KEK MENTEGA DAN ASAS MICROSOFT OFFICE (POWER POINT) ANJURAN KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS DAN HRD CORPORATION. KURSUS DIADAKAN PADA 27 DAN 28 JUN 2024 BERTEMPAT DI KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS. DALAM KURSUS INI PARA PELAJAR DIBERI PENDEDAHAN MENGENAI KEMAHIRAN MENGHASILKAN KEK MENTEGA DAN ASAS-ASAS PENGGUNAAN PROGRAM MICROSOFT POWER POINT. PROGRAM INI MERUPAKAN SALAH SATU AKTIVITI KEMAHIRAN YANG DITERAPKAN KEPADA PELAJAR PPDHPP AGAR DAPAT MELAHIRKAN HUFFAZ YANG SERBA BOLEH DAN MEMPUNYAI PELBAGAI KEMAHIRAN.

KURSUS PENGHASILAN KEK MENTEGA DAN ASAS POWER POINT

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1721283605.jpg

SESI PEMBENTANGAN KAJIAN SILIBUS PENGAJIAN PPDHPP

25 JUN 2024: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN SESI PEMBENTANGAN KAJIAN SILIBUS PENGAJIAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). SESI INI DIJALANKAN DI BILIK MESYUARAT PPDHPP. SESI INI DIADAKAN BAGI MENYUSUN SEMULA SUKATAN PENGAJIAN PELAJAR DI PPDHPP DENGAN MENGAMBIL KIRA PERKEMBANGAN SEMASA PENDIDIKAN NEGARA. MAKLUMAT YANG DIBENTANGKAN DALAM SESI INI AKAN DIKUMPULKAN DAN DISUSUN DALAM SATU MANUAL PENDIDIKAN YANG AKAN DITERBITKAN KELAK.

SESI PEMBENTANGAN KAJIAN SILIBUS PENGAJIAN PPDHPP

LAGI

Page 3 of 30