https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1707143948.jpg

SAMBUTAN PELAJAR BAHARU SESI 2024

27 JANUARI 2024: PADA HARI INI, PELAJAR BAHARU PENGAJIAN TAHFIZ SEPENUH MASA SESI 2024 TELAH SELAMAT MENDAFTAR DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). KESEMUA PELAJAR BAHARU INI TERPILIH UNTUK MENJADI PELAJAR DI PPDHPP SETELAH MELALUI PROSES PERMOHONAN DAN TEMUDUGA YANG TELAH DIADAKAN PADA BULAN NOVEMBER YANG LALU. SEBANYAK 32 ORANG PELAJAR TELAH TERPILIH UNTUK MEMULAKAN PENGAJIAN SESI 2024. SELAMAT DATANG KE PPDHPP DAN SELAMAT MENEMPUHI PENGAJIAN DI SINI AGAR KELAK MENJADI ILMUAN YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT.

SAMBUTAN PELAJAR BAHARU 2024 1

SAMBUTAN PELAJAR BAHARU 2024 2

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1707142510.jpg

PROGRAM SIRI PEMANTAPAN HUFFAZ 1

25 JANUARI 2024: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN PROGRAM SIRI PEMANTAPAN HUFFAZ 1 BERTEMPAT DI SURAU RAUDHAH AL-FILFILANIYYAH, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). PROGRAM INI MERUPAKAN SALAH SATU SIRI PROGRAM-PROGRAM YANG DIADAKAN KHUSUS BAGI MEMBERIKAN PENGISIAN ILMU KE ARAH MEMANTAPKAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM HAFAZAN AL-QURAN, PENGAJIAN DAN AKHLAK. PADA SIRI KALI INI PENGISIAN TELAH DIBERIKAN OLEH AL-FADHIL USTAZ ABDUL HADI ISMAIL, MUDIR MAAHAD TAHFIZ DARUS SHATIBIYYAH. PADA PROGRAM INI JUGA TELAH MENAMPILKAN ADIK AMZAR HAZIQ BIN FAUZI, SEORANG PELAJAR MAAHAD TAHFIZ DARUS SHATIBIYYAH YANG CACAT PENGLIHATAN NAMUN TELAH BERJAYA MENGHAFAL 30 JUZUK AL-QURAN. SEMOGA PROGRAM HARI INI DAPAT MEMBERIKAN SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA PARA PELAJAR UNTUK BERUSAHA MENGHABISKAN HAFALAN 30 JUZUK AL-QURAN.

SIRI PEMANTAPAN HUFFAZ 1

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1707140500.jpg

PELAJAR KE-7 BERJAYA LULUS UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK AL-QURAN

25 JANUARI 2024: ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT PADA HARI INI SEORANG LAGI PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH SELESAI MENJALANI UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK DI HADAPAN PEMERIKSA DALAMAN. UJIAN YANG BERLANGSUNG SELAMA TIGA HARI IAITU PADA 23 HINGGA 25 JANUARI 2024 OLEH ADIK MUHAMMAD EIZUDDIN BIN MOHD AMRAN, 17 TAHUN. BELIAU MERUPAKAN PELAJAR KETUJUH YANG BERJAYA MENYELESAIKAN UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK AL-QURAN DI PPDHPP. SEMOGA KEJAYAAN INI DAPAT MENJADI CONTOH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG LAIN SUPAYA DAPAT MENGHABISKAN HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN UNTUK MENJADI BEKALAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

UJIAN SYAHADAH MUHAMMAD EIZUDDIN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1706620767.jpg

SELESAI BANTUAN MENAIK TARAF RUMAH ASNAF

23 JANUARI 2024: PADA HARI INI TELAH SELESAI PROJEK MEMBAIK PULIH DAN MENAIK TARAF RUMAH SEORANG ASNAF, AISHAH AWANG YANG LEBIH MESRA DIPANGGIL MAK LANG. PROJEK INI YANG MELIBATKAN PENGGANTIAN BUMBUNG DAN MEMBINA SEMULA TANDAS TELAH DIUSAHAKAN OLEH YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) SETELAH MELAWAT MAK LANG DI RUMAHNYA DI AYER HITAM, SUNGAI DUA PADA 3 NOVEMBER 2023 DALAM SIRI PROGRAM JEJAK ASNAF. PROJEK YANG MENELAN KOS SEBANYAK RM12,562.20 DIJAYAKAN HASIL SUMBANGAN ORANG RAMAI SERTA KERJASAMA DENGAN KUMPULAN MANTAN PENGETUA-PENGETUA PULAU PINANG, AHLI INFAK KASIH, KARIAH MASJID AR-RIDWAN NYIOR SEBATANG DAN PUSAT KHIDMAT DUN SUNGAI DUA. USTAZ MOHAMAD HANIF HARON, PENGERUSI YDHAF MELAWAT MAK LANG BAGI MELIHAT KEADAAN RUMAHNYA YANG TELAH SIAP SERTA MENYAMPAIKAN SEDIKIT SUMBANGAN BUAT MAK LANG. MAK LANG YANG DITEMUI HARI INI MENZAHIRKAN RASA SYUKUR ATAS BANTUAN YANG DIBERIKAN. TURUT HADIR MELAWAT RUMAH MAK LANG IALAH AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SUNGAI DUA, YB USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYUMBANG YANG TELAH MENYUMBANG BAGI MEMBERIKAN KESELESAAN KEPADA MAK LANG YANG SEBELUM INI DIBELENGGU MASALAH BUMBUNG RUMAH YANG BOCOR SETIAP KALI HUJAN MELANDA. 

BANTUAN MENAIK TARAF RUMAH ASNAF

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1705932180.jpg

TAJAAN IFTAR RAMADHAN 1445H

BULAN RAMADHAN 1445H AKAN MENJELMA TIDAK LAMA LAGI. TAJAAN IFTAR KINI DIBUKA BAGI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG PEMURAH YANG INGIN MENAJA SLOT BERBUKA PUASA, MOREH DAN SAHUR. TAJAAN SATU SLOT PADA HARI ISNIN SEHINGGA KHAMIS IALAH RM300 MANAKALA TAJAAN SATU SLOT PADA HARI JUMAAT HINGGA AHAD IALAH RM600. LEBIHAN TAJAAN AKAN DIMASUKKAN KE DALAM DANA PENGURUSAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. MAKLUMAT LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI PEJABAT PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG DI TALIAN 012-7608691.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1704039023.jpg

EKSPEDISI MENAWAN GUNUNG BALING

23 DISEMBER 2023: PADA HARI INI WARGA KERJA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) DAN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH MENGIKUTI AKTIVITI MENDAKI GUNUNG BALING, BALING, KEDAH. AKTIVITI PENDAKIAN INI MERUPAKAN SALAH SATU AKTIVITI TEAM BUILDING UNTUK WARGA KERJA YANG DIADAKAN SECARA TAHUNAN. SEBANYAK 12 ORANG WARGA KERJA TELAH MENYERTAI AKTIVITI INI YANG BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI. PENDAKIAN AGAK MENCABAR DENGAN KEADAAN LERENG GUNUNG YANG AGK CURAM DAN BERBATU TAJAM NAMUN KESEMUA PESERTA BERJAYA SAMPAI KE PUNCAK PADA PUKUL 10.15 PAGI. KEJAYAAN MENAWAN PUNCAK GUNUNG BALING INI MEMBERIKAN SEMANGAT KEPADA SEMUA WARGA KERJA UNTUK MENAWAN GUNUNG KINABALU PADA TAHUN 2025 NANTI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1704037957.jpg

KEM PRA TAHFIZ DARUL HADIS 2023

22 DISEMBER 2023: PADA 18 HINGGA 22 DISEMBER 2023, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENGADAKAN KEM PRA TAHFIZ DARUL HADIS 2023 BERTEMPAT DI PPDHPP. SERAMAI 72 ORANG PESERTA TERDIRI DARIPADA PELAJAR LUAR YANG BERUMUR 7 HINGGA 12 TAHUN TELAH MENYERTAI PROGRAM INI. ANTARA PENGISIAN DALAM PROGRAM INI IALAH KLINIK SOLAT, HAFAZAN SURAH-SURAH PILIHAN, CERAMAH, BATTLESHIP, TREASURE HUNT, BERKUDA DAN MEMANAH.

KEM PRA TAHFIZ 1

KEM PRA TAHFIZ 2

KEM PRA TAHFIZ 3

KEM PRA TAHFIZ 4

KEM PRA TAHFIZ 5

KEM PRA TAHFIZ 6

KEM PRA TAHFIZ 7

KEM PRA TAHFIZ 8

KEM PRA TAHFIZ 9

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1704036813.jpg

MENZIARAHI USTAZ DATO HJ ROSLI HJ OTHMAN

15 DISEMBER 2023: PADA HARI INI MUDIR AM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP), USTAZ MOHAMAD HANIF HARON BERSAMA BEBERAPA WARGA KERJA PPDHPP MENZIARAHI PENASIHAT KEHORMAT 2 PPDHPP, USTAZ DATO HJ ROSLI HJ OTHMAN DI KEDIAMANNYA DI TAMAN BERTAM INDAH, KEPALA BATAS. ZIARAH INI SUSULAN USTAZ HJ ROSLI TELAH MENJALANI PEMBEDAHAN JANTUNG BARU-BARU INI. ALHAMDULILLAH, KESIHATAN BELIAU SEMAKIN BAIK DAN MASIH MEMERLUKAN REHAT YANG SECUKUPNYA. SEMOGA BELIAU DIBERIKAN KESEMBUHAN DAN DAPAT KEMBALI BERBAKTI KEPADA UMMAH.

ZIARAH PENASIHAT KEHORMAT 2 PPDHPP

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1704035975jpeg

KUNJUNGAN ROMBONGAN KELAS MENGAJI USTAZ HALIM & JEMAAH MASJID AL-IKHWANIAH TAMAN CHERS UTAMA

9 DISEMBER 2023: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH DIKUNJUNGI OLEH ROMBONGAN DARI KELAS MENGAJI USTAZ HALIM & JEMAAH MASJID AL-IKHWANIAH, TAMAN CHERAS UTAMA, SELANGOR. ROMBONGAN YANG DIKETUAI OLEH USTAZ ABDUL HALIM AZAM TIBA DI PPDHPP PADA PUKUL 1.30 TENGAH HARI. KUNJUNGAN DIMULAKAN SETELAH SELESAI SOLAT DENGAN TAKLIMAT DAN UCAPAN OLEH MUDIR AM PPDHPP, USTAZ MOHAMAD HANIF HARON DIIKUTI UCAPAN OLEH USTAZ ABDUL HALIM AZAM. MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PPDHPP DAN DIAKHIRI DENGAN JAMUAN MAKAN TENGAH HARI. ROMBONGAN BERTOLAK PULANG PADA JAM 3 PETANG.

LAGI

Page 2 of 25