BIODATA RINGKAS DATO’ SERI TUAN GURU HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD
BELIAU DILAHIRKAN PADA TANGGAL 10 OKTOBER 1942 DI PERMATANG SUNGAI DUA, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.
BELIAU PERNAH MENUNTUT ILMU SECARA TRADISIONAL DI INSTITUSI YANG TERKENAL SUATU MASA DAHULU IAITU DI PONDOK PAK CHU HIM, GAJAH MATI, KEDAH SEBELUM MELANJUTKAN PENGAJIAN BELIAU SECARA AKADEMIK PERINGKAT SARJANA MUDA DI YAYASAN PENGAJIAN TINGGI ISLAM KELANTAN (YPTIK) NILAM PURI, KELANTAN, DALAM BIDANG SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (1969-1973). SETERUSNYA BELIAU MENYAMBUNG KE PERINGKAT SARJANA (M.A) DALAM BIDANG YANG SAMA PENGKHUSUSAN DALAM USUL FIQH DI UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR (1973-1975).
ANTARA SUMBANGAN DAN KERJAYA BELIAU :
- PENSYARAH FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG YPTIK, NILAM PURI, KELANTAN (1977-1981).
- PENSYARAH BAHAGIAN SYARIAH, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA (1981-1997).
- AHLI JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR (1981-1997).
- AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK(1981-1997).
- TIMBALAN DEKAN, FAKULTI SYARIAH, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM DAN AHLI SENAT, UNIVERSITI MALAYA (1990-1991).
- PENGELOLA UNIT PENGAJIAN AWAM, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA (1990-1991).
- DEKAN FAKULTI SYARIAH, UNIVERSITI MALAYA (1991-1992).
- MAJLIS PENASIHAT SYARIAH BANK NEGARA MALAYSIA (1997-2016).
- MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (1997-2014).
- PENGASAS YAYASAN DARUL HADIS AL-FILFILANIYYAH (2018).
- PENASIHAT KEHORMAT PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (2015- SEKARANG).
KURNIAAN DAN ANUGERAH
- PADUKA MAHKOTA PERAK (P.M.P). TAHUN 1995.
- DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI PULAU PINANG, (D.S.P.N) YANG MEMBAWA GELARAN DATO’. TAHUN 1999
- PANGLIMA JASA NEGARA, P.J.N. TAHUN 2008.
- DARJAH GEMILANG PANGKUAN NEGERI (D.G.P.N) YANG MEMBAWA GELARAN DATO’ SERI. TAHUN 2011.
- PENERIMA ANUGERAH MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN PADA TAHUN 1433H DARIPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG. PADA TAHUN 2012.
- PENERIMA ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH 1436H PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG. PADA TAHUN 2014.
INI ADALAH SEBAHAGIAN KECIL BIODATA DARI INSAN YANG HEBAT INI. TERLALU BANYAK SEBENARNYA PENCAPAIAN JUGA SUMBANGAN YANG TELAH DILAKUKAN DISEPANJANG HIDUP BELIAU DAN SAMPAI SEKARANG YANG TIDAK MAMPU DITULISKAN SEMUA DALAM RUANGAN INI.
SEMOGA DENGAN SEDIKIT PERKONGSIAN YANG KAMI BERIKAN INI DAPAT MENJADI PEMANGKIN SEMANGAT KEPADA SEMUA GOLONGAN KHUSUSNYA BUAT ANAK MUDA SUPAYA MENJADIKAN TOKOH YANG HEBAT INI SEBAGAI IDOLA DAN MENJADI CONTOH TELADAN YANG BAIK UNTUK DIIKUTI.