https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1697877240.jpg

JAULAH ILMIAH KE NEGERI KELANTAN

21 - 24 SEPTEMBER 2023: PADA 21 HINGGA 24 SEPTEMBER 2023 YANG LALU, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENGADAKAN JAULAH ILMIAH KE NEGERI KELANTAN. PROGRAM INI MERUPAKAN LAWATAN YANG DIADAKAN SECARA TAHUNAN MELIBATKAN SEMUA PELAJAR PPDHPP. PADA PROGRAM KALI INI PARA PESERTA LAWATAN TELAH DIBAWA MELAWAT KE TEMPAT-TEMPAT SEKITAR NEGERI KELANTAN SEPERTI MEDAN ILMU, JERAM MENGAJI, BALAI SENI LUKIS, MUZIUM DIRAJA, MEMORIAL PERANG DAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS). PARA PESERTA JUGA BERPELUANG KE PESTA BUKU PANTAI TIMUR YANG DIADAKAN DI BALAI ISLAM LUNDANG. SEMOGA PROGRAM INI DAPAT MEMBERIKAN PENGALAMAN KEPADA PARA PESERTA MENGENAI TEMPAT DAN BUDAYA MASYARAKAT DI NEGERI LAIN DI SAMPING MENAMBAHKAN ILMU YANG DIPEROLEH SEPANJANG LAWATAN INI.

PERJALANAN KE KELANTAN & SOLAT SUBUH DI KUBANG KERIAN

KULIAH DHUHA DI MEDAN ILMU

RIADHAH DI JERAM MENGAJI

PENGINAPAN DI BACHOK

AKTIVITI DI PANTAI

LAWATAN KE BALAI SENI LUKIS KELANTAN

PESTA BUKU PANTAI TIMUR DI BALAI ISLAM LUNDANG

AKTIVITI PERSEMBAHAN PELAJAR DI PENGINAPAN

LAWATAN KE KIAS

LAWATAN KE MUZIUM DIRAJA (ISTANA BATU)

SOLAT DI MASJID MUHAMMADI

LAWATAN KE MEMORIAL PERANG (BANK KERAPU)

MAKAN DAN MEMBELI-BELAH DI JELI

SOLAT DI MASJID GUNONG RENG SEBELUM PULANG

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1697873596.jpg

PERTANIAN HIDROPONIK DI DARUL HADIS PULAU PINANG

20 SEPTEMBER 2023: PADA HARI INI PARA PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH DIBERIKAN ILMU BAHARU BERKAITAN PERTANIAN SECARA KAEDAH HIDROPONIK. PROGRAM DIJALANKAN DI TAPAK PERTANIAN HIDROPONIK BERHAMPIRAN KANTIN PPDHPP DENGAN DIBIMBING OLEH PEGAWAI DARIPADA JABATAN PERTANIAN PULAU PINANG. TAPAK PERTANIAN INI DIUSAHAKAN DENGAN BANTUAN DARIPADA JABATAN PERTANIAN PULAU PINANG BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN PENGETAHUAN MENGENAI PERTANIAN KEPADA PARA PELAJAR DI SAMPING DAPAT MENAMPUNG KEPERLUAN SUMBER MAKANAN KEPADA PPDHPP. TAPAK PERTANIAN HIDROPONIK INI JUGA MERUPAKAN SALAH SATU KOMPONEN DARIPADA PROJEK PERTANIAN PPDHPP YANG AKAN DIUSAHAKAN SECARA BERFASA YANG MELIBATKAN PERTANIAN DAN PENTERNAKAN. SEMOGA PROJEK INI AKAN DAPAT DILAKSANAKAN DAN SETERUSNYA DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA SELURUH WARGA PPDHPP.

PERTANIAN HIDROPONIK DI PPDHPP

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1697872399.jpg

KUNJUNGAN DARI SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAAHAD AS SYAKHSIAH TAHFIZ SAINS

11 SEPTEMBER 2023: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENERIMA KUNJUNGAN DARI SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAAHAD AS SYAKHSIAH TAHFIZ SAINS (SMA-MATSA). KUNJUNGAN INI BERTUJUAN UNTUK MENGADAKAN PERBINCANGAN BERKAITAN KERJASAMA DALAM PROGRAM-PROGRAM BAGI MENCARI POTENSI DAN KECENDERUNGAN PELAJAR UNTUK KE PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI. ROMBONGAN SMA-MATSA DIKETUAI OLEH PENGASASNYA, USTAZ OSMAN AL-MARBAWI. SEMOGA KUNJUNGAN INI AKAN MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN DAN KERJASAMA ANTARA KEDUA-DUA INSTITUSI.

KUNJUNGAN SMA-MATSA

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1697709825.jpg

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN PERJUMPAAN GURU BERSAMA WARIS PELAJAR

30 OGOS 2023: SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN KE-66, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-66 PERINGKAT PPDHPP BERTEMPAT DI DEWAN TERBUKA BANGUNAN ASRAMA PELAJAR. MAJLIS INI MERUPAKAN PROGRAM PERTAMA YANG DIADAKAN DI BANGUNAN ASRAMA PELAJAR YANG BAHARU DISIAPKAN PADA AWAL OGOS YANG LALU. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU-LAGU PATRIOTISME. MAJLIS KEMUDIAN DIMERIAHKAN DENGAN PERSEMBAHAN PEMENTASAN KEMERDEKAAN OLEH PELAJAR PPDHPP. PADA MASA YANG SAMA BERTEMPAT DI DEWAN SEMINAR BANGUNAN AKADEMIK TELAH DIADAKAN CERAMAH MOTIVASI HUFFAZ YANG DISAMPAIKAN OLEH MAULANA MOHD ANWAR BIN IBRAHIM. PROGRAM DIAKHIRI DENGAN PERJUMPAAN WARIS BERSAMA GURU-GURU HALAQAH DI DEWAN TERBUKA BANGUNAN ASRAMA PELAJAR PADA SEBELAH TENGAH HARI. SEBELUM BERSURAI, PARA WARIS PELAJAR DIBERI PELUANG UNTUK MELAWAT ASRAMA PELAJAR YANG BAHARU.

MOTIVASI WARIS

PERJUMPAAN GURU DAN WARIS

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1696563310.jpg

MAJLIS PENGIJAZAHAN SANAD 100 HADIS PERTAMA DARI KITAB MIDRAJUL FAWATIH FI SYARHI MISYKAT

26 OGOS 2023: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN MAJLIS PENGIJAZAHAN SANAD 100 HADIS PERTAMA DARI KITAB MIDRAJUL FAWATIH FI SYARHI MISYKAT. MAJLIS INI MERUPAKAN KESINAMBUNGAN DARIPADA SIRI PENGAJIAN KITAB MIDRAJUL FAWATIH FI SYARHI MISYKAT SECARA BULANAN YANG DISAMPAIKAN OLEH PENGARANGNYA, MAULANA HUSNUL HIZAM HAMZAH. MAJLIS TURUT DIHADIRI OLEH MUDIR AM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP), USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON DAN MUDIR MADRASAH TAHFIZ AL-FALAH, USTAZ AMIRUDDIN BIN AHMAD BERSAMA PELAJAR MADRASAH TAHFIZ AL-FALAH. SEMOGA PARA PELAJAR DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK MENGHABISKAN PENGAJIAN KITAB INI.

MAJLIS IJAZAH SANAD 100 HADIS PERTAMA KITAB MIDRAJUL FAWATIH FI SYARHI MISYKAT

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1696561228.jpg

JEJAK ASNAF BULAN OGOS 2023

18 OGOS 2023: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR PERMATANG BERANGAN, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN OGOS 2023. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MOHD FARHAN BIN YUSOF, AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

PERMATANG BERANGAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1692245820.jpg

KUNJUNGAN DARI KOMPLEKS DARUL QURAN & TARBIYYAH AL-IRFAN

8 OGOS 2023: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH DIKUNJUNGI OLEH JEMAAH KULIAH KOMPLEKS DARUL QURAN & TARBIYYAH AL-IRFAN, SUNGAI PETANI, KEDAH. TUJUAN KUNJUNGAN INI ADALAH UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH DEKAT SUASANA PENGAJIAN DI PPDHPP. ROMBONGAN YANG DIKETUAI OLEH PENGERUSINYA, USTAZ MAT ZUKI AHMAD TIBA DI PPDHPP PADA PUKUL 11 PAGI. PARA PESERTA ROMBONGAN DIBAWA KE DEWAN DATO' SERI TUAN GURU HJ HASSAN HJ AHMAD UNTUK MENDENGAR TAUSIYAH YANG DISAMPAIKAN OLEH MUDIR AM, USTAZ MOHAMAD HANIF HARON. PESERTA ROMBONGAN SETERUSNYA DIBAWA MELIHAT KAWASAN SEKITAR PPDHPP SEBELUM SOLAT ZOHOR DAN BERSURAI PADA PUKUL 2.30 PETANG. PIHAK PPDHPP MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN INI DAN MENGALU-ALUKAN MANA-MANA PIHAK YANG INGIN ZIARAH PPDHPP.

KUNJUNGAN DARI KOMPLEKS DARUL QURAN & TARBIYYAH AL-IRFAN

VIDEO RANGKUMAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1692240304.jpg

KUNJUNGAN DARI YAYASAN DARSA

2 OGOS 2023: PADA HARI INI YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH MENERIMA KUNJUNGAN DARI YAYASAN DARUL SAJIDIN MALAYSIA (YAYASAN DARSA). KUNJUNGAN INI BERTUJUAN UNTUK MENGADAKAN PERBINCANGAN BERKAITAN URUSAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN ORGANISASI YAYASAN. KUNJUNGAN YAYASAN DARSA JUGA BERTUJUAN MENGAMBIL PANDUAN HASIL PENGALAMAN PERJALANAN YDHAF SEMENJAK DITUBUHKAN PADA TAHUN 2018. SEMOGA KUNJUNGAN INI AKAN MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN DAN KERJASAMA ANTARA KEDUA-DUA YAYASAN.

KUNJUNGAN YAYASAN DARSA

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1692173851.jpg

TAHNIAH KEPADA USTAZ ABDUL WAFI SAMSURRIJAL

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA USTAZ ABDUL WAFI SAMSURRIJAL, FELO PENYELIDIK DAN PENERBITAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) ATAS PENGANUGERAHAN ANUGERAH KECEMERLANGAN HONG LEONG ISLAMIC BANK GRADUAN SARJANA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DALAM MAJLIS KONVENSYEN KE-35, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1692172015.jpg

KUNJUNGAN DARI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

24 JULAI 2023: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENERIMA KUNJUNGAN DARI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (JAINJ). TUJUAN KEDATANGAN MEREKA ADALAH UNTUK MENGETAHUI SISTEM PENGAJIAN TAHFIZ YANG DIJALANKAN DI SINI SERTA MELIHAT SUASANA KELAS PENGAJIAN PELAJAR. ROMBONGAN DIKETUAI OLEH TUAN HAJI MD RADHI BIN RUSLAN, TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAINJ DAN TUAN HAJI YOSREE BIN IKHSAN, TIMBALAN PENGARAH OPERASI JAINJ. PROGRAM BERMULA DENGAN TAKLIMAT YANG DISAMPAIKAN OLEH MUDIR TAHFIZ, USTAZ MOHD FARHAN BIN YUSUF DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI OLEH KEDUA-DUA PIHAK SEBELUM PESERTA ROMBONGAN DIBAWA MELAWAT KE KELAS PENGAJIAN PELAJAR. SEMOGA KUNJUNGAN INI DAPAT MEMBERIKAN INPUT BAHARU MENGENAI SISTEM PENGAJIAN TAHFIZ KEPADA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAINJ UNTUK DIBAWA KE JOHOR SERTA DAPAT MENJALINKAN HUBUNGAN ANTARA KEDUA-DUA PIHAK.

KUNJUNGAN DARI BPI JAINJ

LAGI

Page 5 of 25