https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1692084423.jpg

JEJAK ASNAF BULAN JULAI 2023

21 JULAI 2023: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR TAMAN DESA SENA, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN JULAI 2023. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

TAMAN DESA SENA

VIDEO RANGKUMAN

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1692083619.jpg

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERINGKAT PELAJAR 2023

20 JULAI 2023: PADA HARI INI SATU KURSUS BERKAITAN PENGURUSAN JENAZAH TELAH DIADAKAN TERHADAP PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). KURSUS INI DIADAKAN BAGI MEMBERIKAN GAMBARAN DAN TATACARA PENGURUSAN JENAZAH KEPADA PELAJAR. KURSUS INI DIJALANKAN SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL DAN DIBIMBING OLEH USTAZ FARID BIN ABU BAKAR DAN GURU-GURU PPDHPP. SEMOGA PROGRAM INI DAPAT MEMBERI ILMU YANG BERMANFAAT KHUSUSNYA DALAM BIDANG PENGURUSAN JENAZAH.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2023

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1692072135.jpg

MINGGU MUHADHARAH PELAJAR

18-20 JULAI 2023: JABATAN HAL EHWAL MURID DAN AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENGADAKAN MINGGU MUHADHARAH PELAJAR PADA 18 HINGGA 20 JULAI 2023. PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MENCUNGKIL BAKAT PELAJAR DALAM SENI SUARA DAN SENI PENYAMPAIAN KHUTBAH DI SAMPING DAPAT MENGASAH KEBERANIAN DAN KEYAKINAN DALAM DIRI PELAJAR ITU SENDIRI. ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN SEPANJANG PROGRAM INI IALAH PERTANDINGAN AZAN, KHUTBAH DAN FORUM PERDANA. SEMOGA PENGANJURAN AKTIVITI INI MAMPU MEMBERIKAN KEYAKINAN KEPADA PARA PELAJAR UNTUK MENYAMPAIKAN DAKWAH DAN MENYEBARKAN SYIAR ISLAM DI MASA YANG AKAN DATANG.

MINGGU MUHADHARAH- AZAN DAN KHUTBAH

MINGGU MUHADHARAH- FORUM PERDANA

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1692059475.jpg

KUNJUNGAN KONVOI BERMOTOSIKAL DARI IBU PEJABAT SIRIM

8 JULAI 2023: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) DIKUNJUNGI KUMPULAN KONVOI BERMOTOSIKAL SIRIM BIKERS DARI IBU PEJABAT SIRIM, SHAH ALAM. PESERTA KONVOI SEBANYAK 28 ORANG ITU SEDANG DALAM PROGRAM KONVOI KE PULAU PINANG DAN TELAH MENJADIKAN PPDHPP SEBAGAI SALAH SATU DESTINASI DALAM PROGRAM TERSEBUT. PESERTA KONVOI TELAH DISAMBUT OLEH MUDIR AM, USTAZ MOHAMAD HANIF HARON. SETELAH ITU PARA PESERTA KONVOI MENDENGAR TAKLIMAT DAN TAZKIRAH YANG DISAMPAIKAN OLEH MUDIR AM DI SURAU RAUDHAH AL-FILFILANIYYAH DAN DISUSULI DENGAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PPDHPP. PARA PESERTA KEMUDIANNYA MELAWAT SEKITAR KAWASAN PPDHPP SEBELUM DIAKHIRI DENGAN JAMUAN MAKANAN. SEMOGA PROGRAM INI DAPAT MENJALINKAN HUBUNGAN DAN MEMBINA KERJASAMA BAHARU ANTARA PPDHPP DAN SIRIM.

KUNJUNGAN KONVOI SIRIM BIKERS

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1690528808.jpg

PROGRAM KORBAN PERDANA 1444H

2 JULAI 2023: PADA HARI INI TELAH BERLANGSUNG PROGRAM KORBAN PERDANA 1444H PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. PROGRAM DISEMPURNAKAN DENGAN BANTUAN AMILIN DARI POKOK MACHANG, TAMAN DESA SENA DAN LAHAR YOOI. SEBANYAK 5 EKOR LEMBU DAN 5 EKOR KAMBING TELAH DIKORBANKAN DAN SEBAHAGIANNYA TELAH DIAGIHKAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN DI KAWASAN SEKITAR PPDHPP. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG DAN PARA PETUGAS YANG TELAH BERTUNGKUS-LUMUS MENJAYAKAN IBADAH KORBAN KALI INI.

KORBAN PERDANA 1444H

VIDEO RANGKUMAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1690512352.jpg

JEJAK ASNAF BULAN JUN 2023

26 JUN 2023: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR SUNGAI DUA DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN JUN 2023. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

SUNGAI DUA

TAMAN DESA MURNI

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1690509717.jpg

KURSUS SEMBELIHAN 2023

26 JUN 2023: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN KURSUS SEMBELIHAN UNTUK PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) BAGI TAHUN 2023. KURSUS BIMBINGAN GURU-GURU PPDHPP INI MELIBATKAN TEORI DAN PRAKTIKAL. PARA PELAJAR DIBERI PENGALAMAN MENYEMBELIH DAN MEMPROSES DAGING AYAM. KURSUS INI JUGA DIADAKAN SEBAGAI PERSEDIAAN KEPADA PELAJAR YANG AKAN BERTUGAS PADA KORBAN PERDANA PPDHPP NANTI.

KURSUS SEMBELIHAN 2023

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1690508166.jpg

PENYERAHAN LAPORAN TAHUNAN DAN LAPORAN KEWANGAN 2022 KEPADA JHEAIPP

23 JUN 2023: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENYERAHKAN LAPORAN TAHUNAN DAN LAPORAN KEWANGAN SEPANJANG TAHUN 2022 KEPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP). LAPORAN TERSEBUT TELAH DISERAHKAN OLEH MUDIR TAHFIZ, USTAZ MOHD FARHAN YUSUF KEPADA USTAZ MOHD ARIF ABDUL SAMAT, KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAIPP. SERAHAN LAPORAN TAHUNAN DAN LAPORAN KEWANGAN INI MERUPAKAN AMALAN RUTIN PPDHPP SETIAP TAHUN SEBAGAI SATU BENTUK PEMBENTANGAN MENGENAI PERJALANAN PPDHPP SEPANJANG TAHUN KEPADA UMUM.

SERAHAN LAPORAN 2022

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1690507341.jpg

RIADAH FUTSAL PELAJAR 2023

22 JUN 2023: PADA HARI INI JABATAN HAL EHWAL MURID DAN AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENGADAKAN RIADAH FUTSAL PELAJAR BERTEMPAT DI GELANGGANG FUTSAL PUSAT KECEMERLANGAN AS-SYAFIE (PAKSY), LUBUK MERIAM, TASEK GELUGOR. AKTIVITI INI DIJALANKAN SEBAGAI PENGISIAN SANTAI SETELAH TAMAT PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023.

RIADAH FUTSAL 2023

LAGI

Page 6 of 25