https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1709759593.jpg

MAJLIS PECAH TANAH PEMBINAAN PONDOK MUALLIM

1 MAC 2024: ALHAMDULILLAH SECARA RASMINYA PADA HARI INI, 20 SYAABAN 1445H BERSAMAAN 1 MAC 2024 BERLANGSUNGNYA MAJLIS RINGKAS PECAH TANAH SEMPENA PEMBINAAN PONDOK MUALLIM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) YANG BERNILAI RM2 JUTA. MAJLIS INI DIMULAKAN DENGAN PENGISIAN FORUM PERDANA YANG BERTAJUK "HALA TUJU PENDIDIKAN DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG" BERTEMPAT DI DEWAN TERBUKA BANGUNAN ASRAMA PELAJAR. KEMUDIAN PARA HADIRIN BERGERAK KE TAPAK PEMBINAAN PONDOK MUALLIM BAGI MENGIKTI MAJLIS RINGKAS PECAH TANAH TERSEBUT. GIMIK PERASMIAN DISEMPURNAKAN OLEH PENASIHAT KEHORMAT 1 PPDHPP, DATO’ SERI TUAN GURU HJ HASSAN BIN HJ AHMAD. PROJEK PEMBINAAN PONDOK MUALLIM INI BERTUJUAN UNTUK MEMBINA SEBUAH BANGUNAN YANG MENGANDUNGI 10 UNIT KEDIAMAN BAGI KEMUDAHAN GURU-GURU PPDHPP. KEPADA PARA PENYUMBANG YANG BUDIMAN BOLEHLAH MEMBANTU MENYEMPURNAKAN PONDOK MUALLIM INI DENGAN MENYALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN SEPERTI BERIKUT:

1. BANK ISLAM 07043011039603
2. CIMB ISLAMIC 8602203376
3. MAYBANK 557410514185
4. BANK RAKYAT 111221000202
SEMUA AKAUN ATAS NAMA :
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG
 
 
 
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1709758779.jpg

JEJAK ASNAF BULAN FEBRUARI 2024

23 FEBRUARI 2024: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR PADANG CEMPEDAK, LAHAR YOOI DAN NYIOR SEBATANG DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN FEBRUARI 2024. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

PADANG CEMPEDAK

LAHAR YOOI

NYIOR SEBATANG

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1709758033.jpg

MAJLIS SUMBANGAN BACK TO SCHOOL 2024

18 FEBRUARI 2024: PADA HARI INI SERAMAI 106 ORANG PELAJAR SEKOLAH SEKITAR NEGERI PULAU PINANG TELAH MENERIMA SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN SEKOLAH PADA MAJLIS BACK TO SCHOOL 2024 SEMPENA SESI BARU PERSEKOLAHAN YANG AKAN BERMULA PADA AWAL BULAN MAC 2024. MAJLIS INI TELAH DIADAKAN DI MYDIN BUKIT MERTAJAM ANJURAN BERSAMA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) DAN NISA' PULAU PINANG. SUMBANGAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF HARON, PENGERUSI YDHAF DAN USTAZ MOHD ASRIL HAFIZ CHE HASHIM, SETIAUSAHA YDHAF. SEMOGA ADIK-ADIK INI DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN BERJAYA DALAM PELAJARAN MEREKA. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA YDHAF DALAM MEMBERIKAN SUMBANGAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN.

MAJLIS SUMBANGAN BACK TO SCHOOL 2024

VIDEO RANGKUMAN

 
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1709757896.jpg

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023

17 FEBRUARI 2024: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023 BERTEMPAT DI DEWAN TERBUKA BANGUNAN ASRAMA PELAJAR PPDHPP. MAJLIS YANG BERMULA PADA PUKUL 9 PAGI ITU DIHADIRI OLEH GURU, PELAJAR SERTA WARIS. MAJLIS INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR YANG MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM BIDANG HAFAZAN DAN AKADEMIK SERTA PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR YANG MENUNJUKKAN SAHSIAH YANG TERBAIK BAGI TAHUN 2023. MAJLIS BERAKHIR DENGAN JAMUAN MAKAN TENGAH HARI.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2024 1

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2024 2

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1708614516.jpg

PEMBENTANGAN PADA PERSIDANGAN ANTARABANGSA ZAKAT PULAU PINANG 2024

15 FEBRUARI 2024: PADA HARI INI, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SESI PAMERAN DAN PEMBENTANGAN PADA PERSIDANGAN ANTARABANGSA ZAKAT PULAU PINANG 2024 YANG DIADAKAN DI DEWAN TUANKU SYED PUTRA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. PADA PERSIDANGAN TERSEBUT, PPDHPP BERKONGSIKAN PENGALAMAN DAN STRATEGI DALAM MENGUTIP DANA ZAKAT DARIPADA MASYARAKAT ISLAM MELALUI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM. PEMBENTANGAN TELAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MOHD ASRIL HAFIZ CHE HASHIM SELAKU SETIAUSAHA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF). SEMOGA PERKONGSIAN YANG TELAH DISAMPAIKAN INI AKAN MERANCAKKAN LAGI KUTIPAN ZAKAT DI NEGERI PULAU PINANG YANG SETERUSNYA DAPAT DIAGIHKAN SECARA ADIL KEPADA ASNAF-ASNAF YANG MEMERLUKAN.
 
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1708613698.jpg

PELAJAR KE-8 BERJAYA LULUS UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK AL-QURAN

15 FEBRUARI 2024: ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT PADA HARI INI SEORANG LAGI PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH SELESAI MENJALANI UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK DI HADAPAN PEMERIKSA DALAMAN. UJIAN YANG BERLANGSUNG SELAMA TIGA HARI IAITU PADA 13 HINGGA 15 JANUARI 2024 OLEH ADIK ABDULLAH UWAIS BIN HJ HUSAIN, 18 TAHUN. BELIAU MERUPAKAN PELAJAR KELAPAN YANG BERJAYA MENYELESAIKAN UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK AL-QURAN DI PPDHPP. SEMOGA KEJAYAAN INI DAPAT MENJADI CONTOH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG LAIN SUPAYA DAPAT MENGHABISKAN HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN UNTUK MENJADI BEKALAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

UJIAN SYAHADAH ABDULLAH UWAIS

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1708612792.jpg

LAWATAN PENTADBIRAN SEKITAR NEGERI KELANTAN

4 FEBRUARI 2024: PADA HARI INI, YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH MENGADAKAN LAWATAN PENTADBIRAN KE BEBERAPA BUAH INSTITUSI ISLAM DI SEKITAR NEGERI KELANTAN. LAWATAN INI DIADAKAN UNTUK MELIHAT SISTEM PENGURUSAN INSTITUSI-INSTITUSI YANG DILAWATI. TEMPAT PERTAMA YANG DILAWATI OLEH PESERTA LAWATAN IALAH MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT, PULAU CHONDONG. MAAHAD TAHFIZ INI MERUPAKAN SALAH SEBUAH INSTITUSI TAHFIZ YANG TERULUNG DI NEGERI KELANTAN. PARA PESERTA DAPAT MENGETAHUI MENGENAI SISTEM PENGURUSAN PENGAJIAN MAAHAD DAN PROSES YANG DILALUI OLEH PELAJAR DI SINI YANG MEMBOLEHKAN MEREKA TERUS MELANJUTKAN PENGAJIAN KE MESIR SETELAH TAMAT BELAJAR DI SINI. SETERUSNYA PARA PESERTA LAWATAN BERKUNJUNG PULA KE KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) YANG TERLETAK DI NILAM PURI. INSTITUSI INI MERUPAKAN ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TERTUA DI KELANTAN. DI SINI PARA PESERTA DAPAT MENGETAHUI MENGENAI SISTEM PENGAJIAN DI SINI DI SAMPING MENGADAKAN PERBINCANGAN MENGENAI KEMUNGKINAN UNTUK MENGADAKAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KIAS DAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) BAGI MENEROKA PELUANG PENGAJIAN PELAJAR PPDHPP DI KIAS. TEMPAT TERAKHIR YANG DILAWATI OLEH PESERTA LAWATAN IALAH YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) YANG TERLETAK DI TUNJUNG. DI SINI PARA PESERTA DAPAT MENGETAHUI MENGENAI SISTEM PENGURUSAN YIK YANG MENAUNGI PELBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN DI DALAM DAN LUAR NEGERI KELANTAN. PIHAK YDHAF MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG SUDI MENERIMA KUNJUNGAN INI DAN BERHARAP AGAR HUBUNGAN YANG TERJALIN AKAN BERKEKALAN.

LAWATAN KE MAAHAD PULAI CHONDONG

LAWATAN KE KIAS

LAWATAN KE YIK

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1707145875.jpg

PROGRAM BICARA ILMU 2024

1 FEBRUARI 2024: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN PROGRAM BICARA ILMU ANJURAN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) BERTEMPAT DI DEWAN TUAN GURU DATO SERI HJ HASSAN HJ AHMAD, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). SERAMAI 348 ORANG PELAJAR YANG TERDIRI DARIPADA PELAJAR PPDHPP DAN PELAJAR DARI SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR DAERAH SEBERANG PERAI UTARA DAN SEBERANG PERAI TENGAH. PROGRAM INI TELAH MENAMPILKAN USTAZ ABDUL WAFI SAMSURRIJAL, FELO PENYELIDIK DAN PENERBITAN PPDHPP DENGAN PENGAJIAN KITAB KARYA BELIAU IAITU KITAB FIQH SEMBAHYANG ORANG UZUR & HIMPUNAN SITUASI UZUR. SEMOGA PROGRAM INI DAPAT MEMBERIKAN ILMU BAHARU MENGENAI SOLAT DAN SITUASI SOLAT KETIKA UZUR KEPADA SEMUA PESERTA.

BICARA ILMU 2024

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1707144985.jpg

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU,

MERAFAK SEMBAH,

UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA BERSEMPENA DENGAN PERTABALAN KE BAWAH DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR DAN KE BAWAH DYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG, RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH.

SEMBAH TAKZIM,

DARIPADA

SELURUH WARGA KERJA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH DAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG

LAGI

Page 1 of 25