https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1679984219.jpg

KULIAH DHUHA ISTIMEWA BERSAMA USTAZ ABDULLAH KHAIRI

27 FEBRUARI 2023: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN KULIAH DHUHA ISTIMEWA BERSAMA USTAZ ABDULLAH KHAIRI. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MUSLIMIN MUSLIMAT YANG HADIR PADA HARI INI BAGI MENGIMARAHKAN MAJLIS ILMU DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

KULIAH DHUHA BERSAMA USTAZ ABDULLAH KHAIRI

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1679984065.jpg

JEJAK ASNAF BULAN FEBRUARI 2023

22 FEBRUARI 2023: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR TAMAN POKOK SENA INDAH, KEPALA BATAS DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN FEBRUARI 2023. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

TAMAN POKOK SENA INDAH 1

TAMAN POKOK SENA INDAH 2

TAMAN POKOK SENA INDAH 3

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1679968142.jpg

KULIAH DHUHA ISTIMEWA BERSAMA USTAZ SUBRI B. MD ARSHAD

20 FEBRUARI 2023: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN KULIAH DHUHA ISTIMEWA BERSAMA USTAZ SUBRI B. MD ARSHAD. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MUSLIMIN MUSLIMAT YANG HADIR PADA HARI INI BAGI MENGIMARAHKAN MAJLIS ILMU DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

KULIAH DHUHA BERSAMA USTAZ SUBRI MD ARSHAD

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1679966364.jpg

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2022

18 FEBRUARI 2023: PADA HARI INI JUGA DIADAKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2022 BERTEMPAT DI DEWAN PENGAJIAN BANGUNAN AKADEMIK PPDHPP. MAJLIS YANG BERMULA PADA PUKUL 9 PAGI ITU DIHADIRI OLEH GURU, PELAJAR SERTA WARIS. MAJLIS INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR YANG MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM BIDANG HAFAZAN DAN AKADEMIK SERTA PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR YANG MENUNJUKKAN SAHSIAH YANG TERBAIK BAGI TAHUN 2022. MAJLIS BERAKHIR DENGAN PERJUMPAAN WARIS DENGAN GURU HALAQAH BAGI MENYAMPAIKAN LAPORAN PRESTASI PELAJAR.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2022

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1679902763.jpg

MAJLIS TAMAT ORIENTASI PELAJAR BAHARU 2023

18 FEBRUARI 2023- PADA HARI INI PELAJAR BAHARU SESI 2023 SECARA RASMINYA TELAH TAMAT MENJALANI ORIENTASI SELAMA 40 HARI. SATU MAJLIS TELAH DIADAKAN BAGI MERAIKAN PELAJAR-PELAJAR BAHARU INI SERTA MENYAMPAIKAN LAPORAN PRESTASI SEPANJANG ORIENTASI 40 HARI TERSEBUT KEPADA WARIS. MAJLIS DIADAKAN DI SURAU RAUDHAH AL-FILFILANIYYAH, PPDHPP BERMULA PUKUL 9.00 PAGI DIHADIRI OLEH MUDIR AM, USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON. PELAJAR-PELAJAR BAHARU AKAN MEMULAKAN PENGAJIAN DENGAN MEMBACA AL-QURAN DI HADAPAN GURU HALAQAH SEHINGGA KHATAM 30 JUZUK SEBELUM MULA MENGHAFAL AL-QURAN. 

MAJLIS TAMAT ORIENTASI PELAJAR BAHARU 2023

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1678421176.jpg

LAWATAN KE MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUS SYATIBIYYAH

15 FEBRUARI 2023: PADA HARI INI MUDIR AM BERSAMA GURU-GURU PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) MENGADAKAN LAWATAN KE MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUS SYATIBIYYAH, TASEK JUNJUNG, PULAU PINANG. ROMBONGAN PPDHPP DISAMBUT OLEH MUDIR MAAHAD, USTAZ ABDUL HADI ISMAIL. KUNJUNGAN INI BERTUJUAN BERKONGSI KAEDAH PENGAJARAN KEPADA PELAJAR DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN MAAHAD YANG TELAH BEROPERASI SELAMA HAMPIR 11 TAHUN. SEMOGA HUBUNGAN KEDUA-KEDUA INSTITUSI MENJADI LEBIH ERAT DALAM USAHA UNTUK MELAHIRKAN LEBIH RAMAI HUFFAZ DAN ILMUAN ISLAM.

LAWATAN KE DARUS SYATIBIYYAH

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1678417249.jpg

KULIAH DHUHA ISTIMEWA BERSAMA IMAM MUDA ARRAZI

13 FEBRUARI 2023: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN KULIAH DHUHA ISTIMEWA BERSAMA USTAZ FAKHRURAZI IBRAHIM (IM ARRAZI). TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MUSLIMIN MUSLIMAT YANG HADIR PADA HARI INI BAGI MENGIMARAHKAN MAJLIS ILMU DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

KULIAH DHUHA IM ARRAZI

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1678414550.jpg

LAWATAN KE MURTADHA DAKWAH CENTRE (MADAD)

7 FEBRUARI 2023: DELEGASI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) DAN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) PADA HARI INI TELAH MELAWAT MURTADHA DAKWAH CENTRE (MADAD), SUNGAI PETANI. DELEGASI PPDHPP DAN YDHAF DIAMBUT OLEH PENGARAH URUSAN MADAD, USTAZ MOHAMMAD YAAKUB YUSRA MOHD YUSOF SERTA PENGURUSAN MADAD. DALAM LAWATAN INI, PARA DELEGASI TELAH DIBERIKAN TAKLIMAT MENGENAI PENGURUSAN MADAD SERTA DIBAWA MELAWAT PERSEKITARAN PEJABAT MADAD. YDHAF JUGA MENGAMBIL PELUANG MENYAMPAIKAN SUMBANGAN 50 BUAH KITAB AL-MUQADDIMAH AL-HADHRAMIAH KEPADA PENGURUSAN MADAD. SEMOGA LAWATAN INI DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KEDUA-DUA INSTITUSI INI.

LAWATAN KE MADAD

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1676528400.jpg

MAJLIS BACAAN YA SIN DAN MOHON RESTU SEMPENA SPM

6 FEBRUARI 2023: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN MAJLIS BACAAN YA SIN DAN MAJLIS MOHON RESTU BAGI PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TIDAK LAMA LAGI. MAJLIS BERMULA DENGAN BACAAN SURAH YA SIN DI SURAU RAUDHAH AL FILFILANIYYAH DAN DISUSULI SESI MOHON RESTU IBU BAPA DAN GURU DI BILIK MESYUARAT PPDHPP. 3 ORANG PELAJAR PPDHPP AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2022 SEBAGAI CALON PERSENDIRIAN. SEMOGA MEREKA DAPAT MENJALANI PEPERIKSAAN DENGAN TENANG DAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.

MAJLIS BACAAN YA SIN DAN MOHON RESTU SPM

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1676445581.jpg

SUMBANGAN KITAB KEPADA PONDOK SUNGAI BAYOR

4 FEBRUARI 2023: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH MENGAGIHKAN SUMBANGAN SEBANYAK 70 BUAH KITAB RIADUSSOLIHIN KEPADA PELAJAR-PELAJAR PONDOK RIYADHUSSOLIHIN SUNGAI BAYOR, SELAMA, PERAK. SUMBANGAN KITAB-KITAB INI ADALAH HASIL DARIPADA SUMBANGAN DARIPADA ORANG RAMAI MELALUI TABUNG TAJAAN KITAB OLEH YDHAF. SEMOGA DENGAN SUMBANGAN INI AKAN MEMBANTU MELAHIRKAN GENERASI ULAMA YANG ALIM LAGI FAQIH DI MASA YANG AKAN DATANG.

SUMBANGAN KITAB PONDOK SG BAYOR

LAGI

Page 10 of 25