27 MEI 2022: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022 BERTEMPAT DI DEWAN DATO' SERI TUAN GURU HJ HASSAN HJ AHMAD. PROGRAM BERMULA DENGAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU YANG DIANJURKAN OLEH JEMAAH IBU BAPA DAN GURU (JIBG) YANG KEMUDIANNYA DISUSULI DENGAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI. MAJLIS INI DIHADIRI OLEH SEMURUH WARGA KERJA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG, AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH, PARA WARIS PELAJAR, AHLI JAWATANKUASA MASJID JAMIUL SHARIF QARYAH POKOK MACHANG DAN JEMPUTAN DARI AL-HADDAD MARKETING. PELBAGAI JUADAH TELAH DIHIDANGKAN YANG SEBAHAGIAN BESARNYA DISEDIAKAN OLEH PARA WARIS PELAJAR. DIHARAPKAN MAJLIS INI DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA PENGURUSAN PPDHPP & YDHAF DAN PARA WARIS PELAJAR.
17 MEI 2022: PADA HARI INI KANTIN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG TELAH DIKUNJUNGI DAN DIPERIKSA OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA DAN HASIL DARIPADA PEMERIKSAAN TERSEBUT ALHAMDULILLAH KANTIN PPDHPP TELAH DIBERIKAN PENARAFAN GRED A. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENGEKALKAN KUALITI MAKANAN DAN TEMPAT MAKAN YANG TERBAIK.
28 JANUARI 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG DIKUNJUNGI DR AMRU MUHAMMAD SALAM, PENSYARAH UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH (UNISHAMS). SEMOGA PERKONGSIAN YANG DIBERIKAN MAMPU MENJAYAKAN VISI DAN MISI YANG INGIN DIBAWA OLEH PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG
27 JANUARI 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG MENERIMA KUNJUNGAN KAKITANGAN DARI AKADEMI DARUL IFTAK, SUNGAI PETANI. KUNJUNGAN INI BERTUJUAN UNTUK BERKONGSI PENDAPAT DAN PANDANGAN BERKAITAN SISTEM PENGAJIAN SERTA KEMENJADIAN PELAJAR-PELAJAR. SEMOGA HUBUNGAN KEDUA-KEDUA INSTITUSI MENJADI LEBIH ERAT DALAM USAHA UNTUK MELAHIRKAN LEBIH RAMAI HUFFAZ DAN ILMUAN ISLAM.
PIHAK KAMI MEMBUKA PELUANG KEPADA ORANG RAMAI UNTUK MEMBERIKAN SUMBANGAN BAGI PEMBELIAN KOMPUTER ATAU KOMPUTER RIBA UNTUK DIBERIKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH AGAMA RAKYAT. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN BERIKUT:
BANK ISLAM
07043011051947
MAYBANK
557250065203
ATAS NAMA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH
REFERENCE: TAJAAN KOMPUTER
HANTARKAN BUTIRAN KE
WHTSAP