https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1624413822jpeg

SALAM TAKZIAH

ASSALAMUALAIKUM. DUKACITA DIMAKLUMKAN CIKGU MOHAMAD JAN BIN DIN, AYAH KEPADA USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ, CEO YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH SELEPAS SUBUH SEBENTAR TADI (PAGI 23 JUN 2021).
SEMOGA DIAMPUNKAN SEGALA DOSA DAN DITEMPATKAN BERSAMA PARA NABIYYIN, SIDDIQIN, SYUHADA' DAN SOLIHIN. AMIN.
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1623653422.jpg

BANTUAN KEBAJIKAN PKP 3.0

PKP 3.0 DISAMBUNG LAGI.
BAGAIMANAKAH NASIB MASYARAKAT KITA DILUAR SANA?
JOM KITA AMBIL PEDULI MULAI SEKARANG. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENYUMBANG TANDA KITA MENYAYANGI SAUDARA-SAUDARA KITA YANG DALAM KESUSAHAN KETIKA INI.
SUMBANGAN ANDA BOLEH DISALURKAN KE AKAUN RASMI 𝒀𝑨𝒀𝑨𝑺𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑹𝑼𝑳 𝑯𝑨𝑫𝑰𝑺 𝑨𝑳 𝑭𝑰𝑳𝑭𝑰𝑳𝑨𝑵𝑰𝒀𝒀𝑨𝑯
BANK ISLAM: 07043011051947
MAYBANK: 557250065203
𝐑𝐞𝐟𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐞 : 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝗞𝗣 𝟯.𝟬
HANTARKAN BUTIRAN RESIT KE👇
DISINI

"𝘑𝘖𝘔 𝘈𝘔𝘉𝘐𝘓 𝘗𝘌𝘋𝘜𝘓𝘐 : 𝘈𝘕𝘋𝘈 𝘔𝘌𝘕𝘠𝘜𝘔𝘉𝘈𝘕𝘎, 𝘒𝘈𝘔𝘐 𝘚𝘈𝘔𝘗𝘈𝘐𝘒𝘈𝘕"
#YDHAF
#RM10SEORANG

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1623642191.jpg

SUMBANGAN DANA KEBAJIKAN PKP 3.0 DAN BANTUAN PDPR

𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐏 𝟑.𝟎 DAN 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐃𝐏𝐑
KES COVID-19 DI MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT HARI DEMI HARI YANG MEMBAWA KEPADA PERLAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP 3.0) DIMANA SOP LEBIH DIPERKETATKAN.
BAGAIMANAKAH NASIB MASYARAKAT KITA YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN? BAGAIMANAKAH PULA NASIB ANAK-ANAK PELAJAR KITA YANG KURANG BERKEMAMPUAN UNTUK MELALUI PEMBELAJARAN SECARA ONLINE ATAU PDPR DI RUMAH? SAMPAI BILAKAH ANAK-ANAK PELAJAR INI AKAN TERKANDAS DALAM PERJALANAN MENUNTUT ILMU DISEBABKAN KURANG KEMAMPUAN MEMILIKI ALAT BANTUAN BELAJAR ?
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PIHAK KAMI INGIN MENGAJAK TUAN/PUAN DILUAR SANA UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN KAMI MENYUMBANG DAN MEMBANTU MASYARAKAT DAN ANAK-ANAK PELAJAR KITA YANG MEMERLUKAN. BANTULAH MEREKA SEMAMPU YANG KITA BOLEH.
SUMBANGAN ANDA BOLEH DISALURKAN KE AKAUN RASMI 𝒀𝑨𝒀𝑨𝑺𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑹𝑼𝑳 𝑯𝑨𝑫𝑰𝑺 𝑨𝑳 𝑭𝑰𝑳𝑭𝑰𝑳𝑨𝑵𝑰𝒀𝒀𝑨𝑯
BANK ISLAM: 07043011051947
MAYBANK: 557250065203
𝐑𝐞𝐟𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐞 : 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐃𝐏𝐑
HANTARKAN BUTIRAN KE
WHATSAP
HANTARKAN BUTIRAN KE
WHATSAP
TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG SEKALIAN
#YDHAF
#RM10SEORANG
YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1623644596.png

SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN ASRAMA PELAJAR DAN KEDIAMAN GURU

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENYUMBANG,
 SUMBANGAN DANA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN BERIKUT :
1. BANK ISLAM 07043011039603 (WAKAF)
07043011037033 (ZAKAT)
2. CIMB ISLAMIC 8602203376
3. MAYBANK 557410514185
4. BANK RAKYAT 111221000202
SEMUA AKAUN ATAS NAMA :
"PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG"
REFERENCE : PEMBANGUNAN
______________________________________
 TRANSFER 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘 :
KLIK LINK INI UNTUK MENYUMBANG 
KLIK DISINI
HANTARKAN BUTIRAN RESIT KE 
HANTAR KESINI
MOHON SEBAR-SEBARKAN.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1612164547.jpg

DUA ORANG LAGI PELAJAR PPDHPP BERJAYA MENAMATKAN UJIAN SYAHADAH AL-QURAN

ALHAMDULILLAH. SEGALA PUJI BAGI ALLAH. DUA ORANG LAGI PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG TELAH BERJAYA MENAMATKAN UJIAN SYAHADAH AL-QURAN DALAM BULAN JANUARI 2021. KEDUA-DUA PELAJAR, MOHAMAD ZIKRI FAHMI BIN MOHD ZAMRI DAN WAN AHMAD ZUHDI BIN WAN MOHAMED BERJAYA MENAMATKAN UJIAN TERSEBUT DALAM MASA DUA HARI BERTURUT-TURUT. TAHNIAH DIUCAPKAN DAN SEMOGA KEJAYAAN INI MENJADI PENYUNTIK SEMANGAT KEPADA PELAJAR YANG LAIN UNTUK MENGHABISKAN HAFALAN 30 JUZUK AL-QURAN DAN MENJADI HUFFAZ YANG AKAN BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT KELAK.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1609749676.jpg

JAWATAN KOSONG WARDEN ASRAMA

PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG SEDANG MENCARI CALON YANG SESUAI UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG WARDEN ASRAMA BAGI MENAMPUNG KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 2021. CALON-CALON YANG BERMINAT BOLEH MENGHANTAR RESUME MELALUI EMEL KE DARULHADISPULAUPINANG@GMAIL.COM SEBELUM 15 JANUARI 2021.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1609748951.jpg

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2021

3 JANUARI 2021: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG TELAH MENGADAKAN MAJLIS PENDAFTARAN DAN SAMBUTAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI PENGAJIAN SESI 2021. MAJLIS YANG BERMULA PADA PUKUL 9.00 PAGI DIMULAKAN DENGAN SESI PENDAFTARAN MELALUI KAUNTER-KAUNTER YANG DISEDIAKAN. KEMUDIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UCAPAN DAN TAKLIMAT DARIPADA MUDIR TAHFIZ, MUDIR AM, PEGAWAI PENTADBIRAN DAN PENGERUSI JIBG. MAJLIS DIAKHIRI DENGAN SESI BERGAMBAR DAN PENYERAHAN PELAJAR KEPADA PIHAK PPDHPP. SEBANYAK 15 ORANG PELAJAR TELAH TERPILIH UNTUK MEMASUKI PENGAJIAN DI PPDHPP BAGI SESI KALI INI. SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU DAN SEMOGA KELAK AKAN MENJADI HUFFAZ DAN MUHADDISIN YANG AKAN BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1602645841.jpg

LAWATAN KERJA KE WAKAF PULAU PINANG

13 OKTOBER 2020: PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG TELAH MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE WAKAF PULAU PINANG YANG DIKETUAI OLEH MUDIR AM PPDHPP, USTAZ MOHAMAD HANIF HARON BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI PENTADBIRAN PPDHPP. BANYAK PERKARA TELAH DIBINCANGKAN BERSAMA TUAN HAJI ROSIDI BIN HUSSAIN SELAKU PENGURUS WAKAF PULAU PINANG BERKENAAN PERKEMBANGAN WAKAF DI PULAU PINANG. SEMOGA LAWATAN INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA KEDUA-DUA INSTITUSI DAN DAPAT MENJALINKAN HUBUNGAN KERJASAMA YANG BAIK.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1601801996.jpg

SEORANG LAGI PELAJAR PPDHPP SELESAI UJIAN SYAHADAH

3 OKTOBER 2020: ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT HARI INI SEORANG LAGI PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG TELAH SELESAI MENJALANI UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK. UJIAN YANG BERLANGSUNG SELAMA DUA HARI IAITU PADA 2 OKTOBER 2020 HINGGA 3 OKTOBER 2020 OLEH ADIK MOHAMAD ZUHDIZ ZAAHIDIEN BIN MOHD ZAMRI, 13 TAHUN. JUTAAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA ADIK MOHAMAD ZUHDIZ DAN SELURUH KELUARGA DAN GURU-GURUNYA ATAS KEJAYAAN INI. SEMOGA KEJAYAAN INI DAPAT MENJADI CONTOH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG LAIN SUPAYA DAPAT MENGHABISKAN HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN SETERUSNYA MENGAMBIL SYAHADAH 30 JUZUK UNTUK MENJADI BEKALAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1599105375.jpg

KUNJUNGAN MAHABBAH SEKITAR KEDAH

26 OGOS 2020: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH MENGADAKAN KUNJUNGAN MAHABBAH KE TIGA TEMPAT DI SEKITAR KEDAH. KUNJUNGAN INI DIADAKAN SETELAH SELESAI LAWATAN KE LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH YANG DIADAKAN PADA SEBELAH PAGI. TEMPAT PERTAMA YANG DIKUNJUNGI IALAH KEDIAMAN AL-FADHIL SHEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HJ MOHD ROMLI DI KUALA NERANG. KUNJUNGAN INI MENGIMBAU KEMBALI NOSTALGIA PENUBUHAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG BEBERAPA TAHUN DAHULU YANG BERTITIK TOLAK DARI CADANGAN PENUBUHANNYA OLEH AL-FADHIL SHEIKH SENDIRI. SETELAH ITU ROMBONGAN YDHAF BERKUNJUNG PULA KE PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS DI KG TOK KELING, ALOR SETAR. KUNJUNGAN INI SEBAGAI TIMBAL BALIK ATAS KUNJUNGAN YANG DILAKUKAN OLEH PENGURUSAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS KE PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG YANG DIADAKAN PADA 10 JUN 2020 YANG LALU. SETELAH ITU ROMBONGAN YDHAF BERKUNJUNG PULA KE WISMA DARUL AMAN, ALOR SETAR DAN SEMPAT BERTEMU DENGAN YAB TUAN HJ MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR, MENTERI BESAR KEDAH. KUNJUNGAN MAHABBAH INI DIADAKAN UNTUK MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN DI SAMPING BERKONGSI ILMU MENGENAI PENTADBIRAN DAN PEMERKASAAN INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM. PIHAK YDHAF MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG SUDI MENERIMA KUNJUNGAN INI DAN BERHARAP AGAR HUBUNGAN YANG TERJALIN AKAN BERKEKALAN.

LAGI

Page 20 of 25