PELAJAR SULONG PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG MENJALANI UJIAN SYAHADAH AL-QURAN
SELASA, 24 DISEMBER 2019, ADIK MOHAMAD AMIN 16, MERUPAKAN PELAJAR YANG PERTAMA SEJAK BERMULANYA SESI PENGAMBILAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG SEJAK 2014. BELIAU TELAH BERJAYA MENAMATKAN UJIAN SYAHADAH AL-QURAN SELAMA DUA HARI BERTURUT-TURUT 30 JUZUK AL-QURAN (SEHARI 15 JUZUK).
UJIAN SYAHADAH INI BUKANLAH PERKARA MUDAH SEBENARNYA, DAN BUKAN SEMUA PARA HUFFAZ MAMPU UNTUK LALUI UJIAN INI, KERANA UJIAN SYAHADAH INI MEMERLUKAN KEKUATAN HAFALAN YANG MANTAP , MUJAHADAH YANG TINGGI DAN PENGORBANAN YANG SANGAT HEBAT OLEH PELAJAR UNTUK MENGULANG AL-QURAN SEBANYAK YANG MUNGKIN SEHINGGA BETUL-BETUL LANCAR SEBELUM MEMBACANYA SECARA LANGSUNG DIHADAPAN PEMERIKSA DARI AWAL HINGGA AKHIR DALAM TEMPOH SEHARI ATAU MINIMA 3 HARI (SEHARI 10 JUZUK) DENGAN KESALAHAN YANG PALING MINIMA. ALHAMDULILLAH BELIAU TELAH BERJAYA MELEPASI UJIAN INI SELAMA DUA HARI DENGAN BEGITU CEMERLANG SEKALI.
UJIAN SELAMA DUA HARI INI TELAH DISEMAK DAN DIAKUI OLEH PEMERIKSA LUAR YANG BERPENGALAMAN DALAM UJIAN SYAHADAH AL-QURAN INI, IAITU USTAZ MUHAMMAD ZUHDI AZMI .
SAYA MEWAKILI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG MENGUCAPKAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA ADIK MUHAMMAD AMIN ATAS KEJAAYAN YANG TINGGI NILAINYA INI, JUGA KEPADA KEDUA IBU BAPA YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT SERTA GURU-GURU KHUSUSNYA MUDIR TAHFIZ MERANGKAP GURU HALAQAH محمد فرحان يوسف YANG MEMBERI TUNJUK AJAR DAN PANDUAN SEHINGGA BERJAYA SAMPAI KE TAHAP INI.
SEMOGA DENGAN KEJAYAAN YANG MEMBANGGAKAN INI TERUS MEMBERI SEMANGAT UNTUK TERUS BERJAYA DALAM BIDANG AL-QURAN DAN JUGA DALAM ILMU YANG LAIN SERTA MENJADI SUMBER INSPIRASI KEPADA PELAJAR YANG LAIN SERTA SELURUH ANAK-ANAK MUDA YANG BERADA DILUAR SANA INSYAALLAH.
“MELAHIRKAN ULAMAK PEWARIS NABI”
USTAZ HANIF HARON
MUDIR AM,
PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.