https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669613089.jpg

KULIAH DHUHA KHAS PERIWAYATAN HADIS MUSALSAL

8 OGOS 2022: SEKITAR KULIAH DHUHA PADA PAGI BERKENAAN PERIWAYATAN HADIS MUSALSAL SEMPENA HARI ASYURA BERSAMA USTAZ MOHAMAD HANIF HARON (MUDIR AM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG) KULIAH DHUHA MINGGUAN PPDHPP BERLANGSUNG SEBANYAK 2 KALI SEMINGGU IAITU PADA HARI ISNIN DAN RABU.
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669611356.jpg

KULIAH DHUHA KHAS BERSAMA USTAZ NABIL AHMAD

30 JULAI 2022: SEKITAR KULIAH DHUHA KHAS PADA PAGI INI BERSAMA USTAZ NABIL AHMAD (PERSONALITI TV ASTRO OASIS, ALHIJRAH & TV1 RTM) BERTEMPAT DI SURAU RAUDHAH AL FILFILANIYYAH, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. SEMOGA DENGAN ILMU YANG DISAMPAIKAN DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN SEBAIKNYA UNTUK SAMA-SAMA PERBAIKI DIRI INSYA ALLAH.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669610867.jpg

JEJAK ASNAF BULAN JULAI 2022

30 JULAI 2022: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR KAMPUNG DESA PURI, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN JULAI 2022. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ, CEO YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669610302.jpg

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1444H

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 2022/1444H BUAT SEMUA UMAT ISLAM.

SEMOGA PADA TAHUN BARU INI DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI, MENINGKATKAN LAGI KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWT. MARI JADIKAN TAHUN BARU INI LEBIH BAIK DARI TAHUN LALU ✨
SALAM MAAL HIJRAH 1444 DAN SELAMAT TAHUN BARU ISLAM.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669610067.jpg

TAHNIAH KEPADA USTAZ DATO HAJI ROSLI BIN OTHMAN

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA USTAZ DATO HAJI ROSLI BIN OTHMAN (PENASIHAT KEHORMAT II PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG) ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI (D.S.P.N) SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022 DALAM ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1668505392.jpg

KUNJUNGAN DARI ZAKAT PULAU PINANG

25 JULAI 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH DIKUNJUNGI OLEH WAKIL DARI ZAKAT PULAU PINANG. KUNJUNGAN INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN MAKLUMAT MENGENAI KAEDAH BAHARU PEMBAYARAN ZAKAT WAKALAH BULANAN. PPDHPP MERUPAKAN WAKIL KUTIPAN ZAKAT BERTANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN BAYARAN ZAKAT YANG DITERIMA DARIPADA PEMBAYAR ZAKAT KEPADA ZAKAT PULAU PINANG SECARA BULANAN.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1661227142.jpg

KUNJUNGAN OLEH USTAZ IRFAN NAZHAN

20 JULAI 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG DIKUNJUNGI OLEH USTAZ IRFAN NAZHAN DARI MAJLIS TAALIM AN-NAHJUN NABAWI(MATAN). TURUT HADIR BERSAMA DALAM PERTEMUAN INI IALAH TUAN SYED HUSIEN JAMALULLAIL, WAKIL QAHWAH AL-HADDAD. SEMOGA SILATURRAHIM YANG TERJALIN DAPAT MENGUATKAN LAGI USAHA DAKWAH DI BUMI PULAU PINANG INI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1661226566.jpg

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR BALING

18 JULAI 2022: PADA HARI INI YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI BALING YANG MELANDA PADA 4 JULAI 2022 YANG LALU. USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ BIN MOHAMAD JAN, CEO YDHAF TURUT BERSAMA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK DI SEKITAR KAMPUNG KUPANG, BALING. PARA PENDUDUK AMAT MENGHARGAI PEMBERIAN YANG TELAH DIBERIKAN HASIL SUMBANGAN PARA PENYUMBANG TABUNG MISI BANTUAN BANJIR BALING YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG MEMBANTU. SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN URUSAN MANGSA BANJIR INI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1661224447.jpg

PROGRAM IBADAH KORBAN 1443H

13 JULAI 2022: PROGRAM IBADAH KORBAN 1443H PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG TELAH DISEMPURNAKAN PADA HARI INI. SEBANYAK 2 EKOR LEMBU DAN SEEKOR KAMBING TELAH DIKORBANKAN DAN SEBAHAGIANNYA TELAH DIAGIHKAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN DI KAWASAN SEKITAR PPDHPP. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG DAN PARA PETUGAS YANG TELAH BERTUNGKUS-LUMUS MENJAYAKAN IBADAH KORBAN KALI INI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1661223668.jpg

KUNJUNGAN DARI MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AN-NUUR (MAN)

29 JUN 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) MENERIMA KUNJUNGAN PENGURUSAN DAN KAKITANGAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AN-NUUR, KESANG LAUT, TANGKAK, JOHOR. KUNJUNGAN INI BERTUJUAN UNTUK BERKONGSI PENDAPAT DAN PANDANGAN KHUSUSNYA BERKAITAN PENTADBIRAN, AKADEMIK, KEWANGAN SERTA KEMENJADIAN PELAJAR-PELAJAR KEPADA AHLI ROMBONGAN. TURUT DIKONGSIKAN JUGA TENTANG SEJARAH AWAL PENUBUHAN PPDHPP OLEH MUDIR AM, USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON. AHLI ROMBONGAN INI JUGA BERKESEMPATAN MELAWAT SEKITAR KAWASAN PPDHPP. SEMOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBANTU PERJALANAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AN-NUUR DALAM MELAHIRKAN PELAPIS PEJUANG YANG BENAR IKHLAS BERJUANG DI ATAS MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH YANG TERBINA DI ATAS DALIL DAN NAS YANG KUKUH.

LAGI

Page 15 of 25