https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1674174456.jpg

MENERIMA KUNJUNGAN KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAIPP

18 JANUARI 2023: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENERIMA KUNJUNGAN OLEH USTAZ MOHD ARIF BIN ABDUL SAMAT, KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP). KUNJUNGAN INI SEMPENA LAWATAN KERJA KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAIPP KE SEKITAR DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (KEPALA BATAS). KUNJUNGAN DIMULAKAN DENGAN TAKLIMAT RINGKAS MENGENAI PPDHPP OLEH MUDIR AM, USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON DAN SESI PERBINCANGAN DAN PERTUKARAN PENDAPAT SEBELUM ROMBONGAN DIBAWA MELAWAT KE TEMPAT SEKITAR PPDHPP. TURUT BERSAMA BELIAU BEBERAPA PEGAWAI DARI JHEAIPP DAN PEJABAT AGAMA DAERAH KEPALA BATAS. SEMOGA KUNJUNGAN INI DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA PPDHPP DAN BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAIPP DALAM MENEROKA RUANG UNTUK KERJASAMA ANTARA KEDUA-DUA PIHAK.

KUNJUNGAN KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAIPP

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1673685410.jpg

SAMBUTAN PELAJAR BAHARU SESI 2023

8 JANUARI 2023: PADA HARI INI 14 ORANG PELAJAR BAHARU PENGAJIAN TAHFIZ SEPENUH MASA TELAH SELAMAT MENDAFTAR DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). KESEMUA PELAJAR BAHARU INI TERPILIH UNTUK MENJADI PELAJAR DI PPDHPP SETELAH MELALUI PROSES PERMOHONAN DAN TEMUDUGA YANG TELAH DIADAKAN PADA BULAN NOVEMBER YANG LALU. SELAMAT DATANG KE PPDHPP DAN SELAMAT MENEMPUHI PENGAJIAN DI SINI AGAR KELAK MENJADI ILMUAN YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT.

SAMBUTAN PELAJAR BAHARU 2023

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671162169.jpg

KEM ANAK SOLEH 2022

13 DISEMBER 2022: PADA 11 HINGGA 13 DISEMBER 2022, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) DENGAN KERJASAMA PERTUBUHAN HAL EHWAL PENDIDIKAN ISLAM PULAU PINANG (HEPI) TELAH MENGADAKAN KEM ANAK SOLEH 2022 BERTEMPAT DI PPDHPP. SERAMAI 116 ORANG PESERTA TERDIRI DARIPADA PELAJAR LUAR YANG BERUMUR 7 HINGGA 13 TAHUN TELAH MENYERTAI PROGRAM INI. ANTARA PENGISIAN DALAM KEM ANAK SOLEH 2022 IALAH KLINIK SOLAT, KLINIK AL-FATIHAH, CERAMAH, HAFALAN BAHASA ARAB, KHIDMAT MASYARAKAT DI MASJID, BATTLESHIP, TREASURE HUNT DAN RIADHAH.

KEM ANAK SOLEH 1

KEM ANAK SOLEH 2

KEM ANAK SOLEH 3

KEM ANAK SOLEH 4

KEM ANAK SOLEH 5

KEM ANAK SOLEH 6

KEM ANAK SOLEH 7

KEM ANAK SOLEH 8

KEM ANAK SOLEH 9

KEM ANAK SOLEH 10

KEM ANAK SOLEH 11

VIDEO RANGKUMAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671158548.jpg

BICARA ILMU DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 1

6 DISEMBER 2022: PROGRAM BICARA ILMU DITERUSKAN DENGAN SEKOLAH KEDUA IAITU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 1 (SMADMW1), KEPALA BATAS. SERAMAI 153 ORANG PELAJAR SMADMW1 MENYERTAI PROGRAM INI YANG MEMBICARAKAN MENGENAI ISI KITAB 50 HADIS PILIHAN AMALAN HARIAN KELUARAN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF). PADA PROGRAM INI, MUDIR AM PPDHPP, USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON MENYAMPAIKAN KULIAH KEPADA PARA PELAJAR.

BICARA ILMU SMADMW1

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671158119.jpg

RIADHAH FUTSAL BERSAMA PELAJAR DAN WARGA KERJA

6 DISEMBER 2022: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN RIADHAH FUTSAL BERSAMA PARA PELAJAR DAN WARGA KERJA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. RIADHAH DIADAKAN DI GELANGGANG FUTSAL PAKSY, LUBUK MERIAM, TASEK GELUGOR.

RIADHAH FUTSAL

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671157681.jpg

JAULAH ILMIAH 2022

2 DISEMBER 2022: PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENGIKUTI PROGRAM JAULAH ILMIAH 2022 PADA 30 NOVEMBER 2022 HINGGA 2 DISEMBER 2022 YANG LALU. PROGRAM YANG MERUPAKAN PROGRAM LAWATAN YANG DIADAKAN PADA SETIAP HUJUNG TAHUN. PADA PROGRAM KALI INI PARA PELAJAR TELAH KE TEMPAT-TEMPAT SEKITAR KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA. ANTARA TEMPAT-TEMPAT YANG DILAWATI IALAH MADRASAH MIFTAHUL ULOOM SERI PETALING, MUZIUM KESENIAN ISLAM, MUZIUM NEGARA, PUSAT SAINS NEGARA, KAMPUNG BARU, ZOO NEGARA, KOMPLEKS NASYRUL QURAN DAN MASJID PUTRA.

JAULAH ILMIAH 2022

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671156910.jpg

JEJAK ASNAF BULAN NOVEMBER 2022

30 NOVEMBER 2022: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR TELOK AYER TAWAR DAN KAMPUNG PAYA TOK AKIL, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN NOVEMBER 2022. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

TELOK AYER TAWAR 1

TELOK AYER TAWAR 2

TELOK AYER TAWAR 3

KG PAYA TOK AKIL 1

KG PAYA TOK AKIL 2

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671155558.jpg

ZIARAH KE RUMAH KELUARGA ALMARHUMAH CIKGU LIYANA

28 NOVEMBER 2022: PADA HARI INI YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENZIARAHI KELUARGA ALMARHUMAH CIKGU LIYANA YANG MERUPAKAN SEORANG GURU PASTI DI KAWASAN TASEK GELUGOR. ALMARHUMAH MERUPAKAN ANAK SULUNG DARIPADA 7 ORANG ADIK BERADIK MENINGGAL DUNIA BARU-BARU INI KERANA TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN KETIKA BARU PULANG MENGAJAR KELAS MENGAJI DI BERTAM. SUMBANGAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF.

ZIARAH KELUARGA ALMARHUMAH CIKGU LIYANA

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1670621977.jpg

BICARA ILMU DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI

15 NOVEMBER 2022: PROGRAM BICARA ILMU PADA TAHUN INI DIMULAKAN DENGAN PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI (SMITSAT), BERTAM. SERAMAI 120 ORANG PELAJAR SMITSAT MENYERTAI PROGRAM INI YANG MEMBICARAKAN MENGENAI ISI KITAB 50 HADIS PILIHAN AMALAN HARIAN KELUARAN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF). PADA PROGRAM INI, MUDIR AM PPDHPP, USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON MENYAMPAIKAN KULIAH KEPADA PARA PELAJAR.

BICARA ILMU SMITSAT

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1670621088.jpg

TEMUDUGA PELAJAR BAHARU KEMASUKAN SESI 2023

12 NOVEMBER 2022: PADA HARI INI TELAH BERLANGSUNG TEMUDUGA PELAJAR BAHARU BAGI KEMASUKAN SESI 2023. TEMUDUGA YANG DIADAKAN DI DEWAN PENGAJIAN BANGUNAN AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) BERMULA PADA PUKUL 8.30 PAGI ITU TURUT DISERTAKAN DENGAN TAKLIMAT OLEH MUDIR AM KEPADA WARIS CALON TEMUDUGA BAGI MENJELASKAN GAMBARAN PENGAJIAN PELAJAR SEPANJANG BERADA DI PPDHPP. PELAJAR SESI 2023 AKAN MEMULAKAN PENGAJIAN PADA BULAN JANUARI 2023 NANTI.

TEMUDUGA PELAJAR BAHARU SESI 2023

LAGI

Page 13 of 27