https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1631502331.jpg

SALAM TAKZIAH

ASSALAMUALAIKUM. DUKACITA DIMAKLUMKAN BADERUN BIN ABDOLL ROHMAN, AYAH KEPADA USTAZ MUHAMMAD HANIFF BIN BADERUN, AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA PAGI 11 SEPTEMBER 2021.
SEMOGA DIAMPUNKAN SEGALA DOSA DAN DITEMPATKAN BERSAMA PARA NABIYYIN, SIDDIQIN, SYUHADA' DAN SOLIHIN. AMIN.
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1630920360jpeg

SEORANG LAGI PELAJAR PPDHPP SELESAI UJIAN SYAHADAH

4 SEPTEMBER 2021: ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT HARI INI SEORANG LAGI PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG TELAH SELESAI MENJALANI UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK. UJIAN YANG BERLANGSUNG SELAMA DUA HARI IAITU PADA 3 SEPTEMBER 2021 HINGGA 4 SEPTEMBER 2021 OLEH ADIK MUHAMMAD HAIQAL BIN MUHD NIZAM, 17 TAHUN. JUTAAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA ADIK MUHAMMAD HAIQAL DAN SELURUH KELUARGA DAN GURU-GURUNYA ATAS KEJAYAAN INI. SEMOGA KEJAYAAN INI DAPAT MENJADI CONTOH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG LAIN SUPAYA DAPAT MENGHABISKAN HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN SETERUSNYA MENGAMBIL SYAHADAH 30 JUZUK UNTUK MENJADI BEKALAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1630642839.jpg

PERMOHONAN KEMASUKAN PENGAJIAN TAHFIZ SEPENUH MASA SESI 2022

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TAHFIZ SEPENUH MASA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG KINI DIBUKA‼️

BUAT IBU AYAH YANG MENCARI PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ YANG MENGGABUNGKAN SILIBUS HAFAZAN AL-QURAN, AKADEMIK DAN AGAMA DALAM SATU SESI PEMBELAJARAN, AYUH DAFTARKAN TEMPAT ANAK ANDA DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) ✨

SYARAT KEMASUKAN :
📌 LELAKI
📌 BERUMUR TIDAK MELEBIHI 13 TAHUN PADA TAHUN 2022
📌 BOLEH MEMBACA AL-QURAN DENGAN LANCAR DAN MENEPATI TAJWID
📌 BOLEH MEMBACA TULISAN JAWI
📌 MEMPUNYAI POTENSI DAN MINAT UNTUK MENGHAFAL AL-QURAN
📌 WAJIB MENGHAFAL 4 SURAH PILIHAN (SURAH YA SIN, AS-SAJDAH, AD-DUKHAN & AL-MULK)
📌 MEMPUNYAI AKHLAK YANG BAIK SERTA TIDAK MEMPUNYAI MASALAH DISIPLIN
📌 DAPAT MELEPASI UJIAN HAFALAN SEMASA SESI TEMUDUGA (PILIHAN AYAT OLEH PEMERIKSA)
📌 LULUS TEMUDUGA

📲 HUBUNGI 0127608691 (MELALUI PANGGILAN ATAU MESEJ APLIKASI WHATSAPP) UNTUK MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN.

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN :
31 OKTOBER 2021

PEMOHON YANG DIKENALPASTI AKAN DIPANGGIL MENGHADIRI TEMUDUGA

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1628478903.jpg

TAJAAN KITAB PENGAJIAN PELAJAR DI YAMAN

INSYA ALLAH, PIHAK KAMI MEMBUKA RUANG SUMBANGAN BAGI ORANG RAMAI MENAJA PEMBELIAN KITAB-KITAB YANG AKAN DIGUNAKAN OLEH PARA PELAJAR SEPANJANG PENGAJIAN 2 TAHUN DI MA'HAD DARUL HADIS TAREEM, YAMAN. SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN BANK YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH SEPERTI BERIKUT:
07043011051947 (BANK ISLAM)
557250065203 (MAYBANK)

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1628478530.jpg

TAJAAN PENGAJIAN PELAJAR KE YAMAN SUDAH DITUTUP

ALHAMDULILLAH, SECARA RASMINYA TAJAAN PENGAJIAN PELAJAR KE MA'HAD DARU HADIS TAREEM, YAMAN SUDAHPUN MENCUKUPI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYUMBANG. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN PELAJAR DI YAMAN NANTI INSYA ALLAH.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1627891653.jpg

FOOD BANK BERGERAK 1.0

31 JULAI 2021: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN BANTUAN BARANGAN DAPUR MELALUI PROGRAM FOOD BANK BERGERAK 1.0 KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT YANG MEMERLUKAN DI SEKITAR PANGSAPURI TAMAN AIR TAWAR INDAH FASA 3A, TELOK AYER TAWAR, PULAU PINANG.
TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG TELAH MENYUMBANG. SEMOGA DENGAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN INI DAPAT MENJADI BEKALAN DAN SAHAM KITA DI AKHIRAT KELAK INSYA ALLAH.
BAGI YANG INGIN UNTUK MENYUMBANG, BOLEHLAH MELALUI AKAUN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH
BANK ISLAM : 07043011051947
MAYBANK : 557250065203
REFERENCE : KEBAJIKAN
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1626669144.jpg

RAYUAN PENAJAAN PENGAJIAN PELAJAR KE YAMAN

INSYA ALLAH, EMPAT ORANG PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) AKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG HADIS KE MA'HAD DARUL HADIS TARIM, HADHRAMAUT, YAMAN DALAM PERJALANAN UNTUK MELAHIRKAN ULAMA' PEWARIS PARA ANBIA'. SEHUBUNGAN DENGAN ITU PIHAK PPDHPP DAN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MEMBUKA PELUANG KEPADA PARA PENYUMBANG YANG BUDIMAN UNTUK MENGINFAKKAN HARTA BAGI MEMBANTU TUNAS-TUNAS ULAMA' INI MENERUSKAN PENGAJIAN MEREKA. PARA PELAJAR INI MERUPAKAN ANTARA PARA HUFFAZ YANG TELAH MENGHABISKAN HAFALAN 30 JUZUK AL-QURAN DAN TELAH MELEPASI UJIAN SHAHADAH AL-QURAN DAN ADA DALAM KALANGAN MEREKA YANG TELAH MENYERTAI DAN PERNAH MEMENANGI PERTANDINGAN MENGHAFAL AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG. MEREKA MERUPAKAN ANTARA PELAJAR YANG TERPILIH UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE BUMI YAMAN SELAMA 2 TAHUN BERDASARKAN POTENSI, KELAYAKAN DAN MINAT MEREKA UNTUK MENDALAMI ILMU HADIS.

KOS YURAN PENGAJIAN TAHUN PERTAMA (2 SEMESTER) PARA PELAJAR INI ADALAH SEBANYAK RM7,000.00 SEORANG DAN JUMLAH KESELURUHANNYA IALAH RM28,000.

 

OLEH ITU, TUAN / PUAN YANG INGIN MENAJA YURAN PENGAJIAN INI, BOLEHLAH MENYALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN RASMI 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗿𝘂𝗹 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘀 𝗔𝗹 𝗙𝗶𝗹𝗳𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 SEPERTI YANG BERIKUT:

BANK ISLAM: 07043011051947
MAYBANK: 557250065203

RUJUKAN / REFERENCE : 𝗧𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿

HANTARKAN BUTIRAN ATAU SEBARANG PERTANYAAN KE
HTTP://WWW.WASAP.MY/601165568691/TAJAANPELAJARKEYAMAN

HANTARKAN BUTIRAN KE
HTTP://WWW.WASAP.MY/60194037435/TAJAANPELAJARKEYAMAN

TERIMA KASIH KEPADA TUAN / PUAN YANG SUDI UNTUK MENYUMBANG.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1626314465.jpg

MENCARI PENDERMA TETAP

PIHAK KAMI SEDANG MENCARI PENDERMA BUDIMAN YANG MAMPU MEMBERIKAN SUMBANGAN TETAP SEBANYAK RM50 SEBULAN BAGI MEMBANTU KEBAJIKAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN YANG TERKESAN DENGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN AKIBAT PENULARAN VIRUS COVID-19 YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN BANK ISLAM 07043011037033 ATAS NAMA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. SEMOGA AMAL KEBAJIKAN PARA PENYUMBANG DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T. 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1625461612.jpg

BERJAYA KHATAM HAFALAN AL-QURAN SECARA PDPR

PDPR BUKAN PENGHALANG UNTUK MELAHIRKAN SEORANG AL-HAFIZ
 
ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA ADIK MUHAMMAD IMRAN AZIZI BIN AZMI (16 TAHUN) KERANA TELAH SELESAI KHATAM HAFALAN 30 JUZUK AL-QURAN SECARA DALAM TALIAN (PDPR).
SEMOGA AL-QURAN YANG TELAH DIHAFAZ, DIPELIHARA DAN DIAMALKAN SEBAIK MUNGKIN DAN DIJADIKAN TEMAN SEPANJANG HIDUP INSYA ALLAH.
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1625460736.jpg

SUMBANGAN ALAT BANTUAN PEMBELAJARAN PDPR

TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG. HASIL DARIPADA SUMBANGAN TUAN / PUAN TELAH MEMBOLEHKAN PIHAK KAMI MEMBELI DAN MENYAMPAIKAN ALAT BANTUAN PEMBELAJARAN KEPADA PARA PELAJAR YANG MEMERLUKAN. 
SEMOGA PEMBERIAN SUMBANGAN INI DAPAT SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU PARA PELAJAR MENUNTUT ILMU DALAM FASA PKP YANG MASIH BERLANJUTAN INI.
KAMI MASIH MEMERLUKAN DANA SUMBANGAN DARIPADA ORANG RAMAI SUPAYA KITA DAPAT MEMBANTU LEBIH RAMAI LAGI PELAJAR YANG MEMERLUKAN DI LUAR SANA.
BAGI YANG INGIN MENYUMBANG, BOLEHLAH MELALUI AKAUN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH
BANK ISLAM : 07043011051947
REFERENCE : BANTUAN PDPR
HANTARKAN BUTIRAN RESIT KE👇