https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671158119.jpg

RIADHAH FUTSAL BERSAMA PELAJAR DAN WARGA KERJA

6 DISEMBER 2022: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN RIADHAH FUTSAL BERSAMA PARA PELAJAR DAN WARGA KERJA PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. RIADHAH DIADAKAN DI GELANGGANG FUTSAL PAKSY, LUBUK MERIAM, TASEK GELUGOR.

RIADHAH FUTSAL

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671157681.jpg

JAULAH ILMIAH 2022

2 DISEMBER 2022: PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENGIKUTI PROGRAM JAULAH ILMIAH 2022 PADA 30 NOVEMBER 2022 HINGGA 2 DISEMBER 2022 YANG LALU. PROGRAM YANG MERUPAKAN PROGRAM LAWATAN YANG DIADAKAN PADA SETIAP HUJUNG TAHUN. PADA PROGRAM KALI INI PARA PELAJAR TELAH KE TEMPAT-TEMPAT SEKITAR KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA. ANTARA TEMPAT-TEMPAT YANG DILAWATI IALAH MADRASAH MIFTAHUL ULOOM SERI PETALING, MUZIUM KESENIAN ISLAM, MUZIUM NEGARA, PUSAT SAINS NEGARA, KAMPUNG BARU, ZOO NEGARA, KOMPLEKS NASYRUL QURAN DAN MASJID PUTRA.

JAULAH ILMIAH 2022

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671156910.jpg

JEJAK ASNAF BULAN NOVEMBER 2022

30 NOVEMBER 2022: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR TELOK AYER TAWAR DAN KAMPUNG PAYA TOK AKIL, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN NOVEMBER 2022. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

TELOK AYER TAWAR 1

TELOK AYER TAWAR 2

TELOK AYER TAWAR 3

KG PAYA TOK AKIL 1

KG PAYA TOK AKIL 2

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1671155558.jpg

ZIARAH KE RUMAH KELUARGA ALMARHUMAH CIKGU LIYANA

28 NOVEMBER 2022: PADA HARI INI YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENZIARAHI KELUARGA ALMARHUMAH CIKGU LIYANA YANG MERUPAKAN SEORANG GURU PASTI DI KAWASAN TASEK GELUGOR. ALMARHUMAH MERUPAKAN ANAK SULUNG DARIPADA 7 ORANG ADIK BERADIK MENINGGAL DUNIA BARU-BARU INI KERANA TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN KETIKA BARU PULANG MENGAJAR KELAS MENGAJI DI BERTAM. SUMBANGAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF.

ZIARAH KELUARGA ALMARHUMAH CIKGU LIYANA

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1670621977.jpg

BICARA ILMU DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI

15 NOVEMBER 2022: PROGRAM BICARA ILMU PADA TAHUN INI DIMULAKAN DENGAN PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI (SMITSAT), BERTAM. SERAMAI 120 ORANG PELAJAR SMITSAT MENYERTAI PROGRAM INI YANG MEMBICARAKAN MENGENAI ISI KITAB 50 HADIS PILIHAN AMALAN HARIAN KELUARAN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF). PADA PROGRAM INI, MUDIR AM PPDHPP, USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON MENYAMPAIKAN KULIAH KEPADA PARA PELAJAR.

BICARA ILMU SMITSAT

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1670621088.jpg

TEMUDUGA PELAJAR BAHARU KEMASUKAN SESI 2023

12 NOVEMBER 2022: PADA HARI INI TELAH BERLANGSUNG TEMUDUGA PELAJAR BAHARU BAGI KEMASUKAN SESI 2023. TEMUDUGA YANG DIADAKAN DI DEWAN PENGAJIAN BANGUNAN AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) BERMULA PADA PUKUL 8.30 PAGI ITU TURUT DISERTAKAN DENGAN TAKLIMAT OLEH MUDIR AM KEPADA WARIS CALON TEMUDUGA BAGI MENJELASKAN GAMBARAN PENGAJIAN PELAJAR SEPANJANG BERADA DI PPDHPP. PELAJAR SESI 2023 AKAN MEMULAKAN PENGAJIAN PADA BULAN JANUARI 2023 NANTI.

TEMUDUGA PELAJAR BAHARU SESI 2023

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1670620060.jpg

KULIAH DHUHA KHAS BERSAMA DR LUQMANUL HAKIM AL-AZHARI

31 OKTOBER 2022: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN KULIAH DHUHA KHAS BERSAMA DR LUQMANUL HAKIM AL-AZHARI. BELIAU MEMBENTANGKAN PENGAJIAN KITAB KARANGAN BELIAU SENDIRI IAITU KITAB NIKMAT TERISTIMEWA KELAHIRAN SANG KEKASIH TERMULIA.

KULIAH DHUHA DR LUQMANUL HAKIM AL-AZHARI

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1670619361.jpg

KULIAH DHUHA KHAS BERSAMA HABIB PROFESSOR DR ALWI SHIHABUDDIN

26 OKTOBER 2022: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN KULIAH DHUHA KHAS BERSAMA TETAMU ISTIMEWA, HABIB PROFESSOR DR ALWI SHIHABUDDIN, SEORANG PAKAR HADIS DARI TAREEM, YAMAN YANG JUGA MERUPAKAN MUDIR MAAHAD DARUL HADIS TAREEM YANG MERUPAKAN TEMPAT PENGAJIAN BAGI 4 ORANG PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) SELAMA 2 TAHUN BERMULA SEPTEMBER TAHUN LEPAS. SELEPAS KULIAH, HABIB KE PERJUMPAAN BERSAMA WARGA KERJA PPDHPP DAN WARIS PELAJAR-PELAJAR TERSEBUT DI BILIK MESYUARAT PPDHPP.

KULIAH DHUHA HABIB PROFESSOR DR ALWI SHIHABUDDIN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1670618541.jpg

ALUMNI PPDHPP MELANJUTKAN PENGAJIAN KE MOROCCO

17 OKTOBER 2022: ALHAMDULILLAH. SEGALA PUJI BAGI ALLAH SEORANG ALUMNI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP), MOHAMAD AMIN BIN MOHD NOR ZAMRI TELAH BERANGKAT KE MOROCCO (MAGHRIBI) BAGI MELANJUTKAN PENGAJIANNYA DI UNIVERSITI QHADI IYADH, MARAKESH, MOROCCO DALAM BIDANG DIRASAT ISLAMIYYAH. PENGAJIANNYA MENDAPAT TAJAAN PENUH DARIPADA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) HASIL SUMBANGAN ORANG RAMAI. SEMOGA BELIAU DAPAT MENIMBA BANYAK ILMU AGAR DAPAT PULANG BERBAKTI KEPADA UMMAH SATU HARI NANTI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1670617085.jpg

KUNJUNGAN OLEH SHEIKH DR. HISYAM KAMIL

16 OKTOBER 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH DIKUNJUNGI OLEH SHEIKH DR. HISYAM KAMIL HAMID HAFIZOHULLAH. SHEIKH YANG KEBETULAN MEMPUNYAI PROGRAM DI KAWASAN YANG BERHAMPIRAN TELAH SINGGAH DI PPDHPP UNTUK MELAWAT TEMPAT SIMPANAN KITAB-KITAB DI BILIK MESYUARAT PPDHPP. PIHAK PPDHPP TELAH MENGHADIAHKAN BEBERAPA KITAB DAN KOPIAH SYRIA KEPADA SHEIKH.

KUNJUNGAN SHEIKH DR HISHAM KAMIL

LAGI

Page 12 of 25