https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1684572434.jpg

JEJAK ASNAF BULAN APRIL 2023

30 APRIL 2023: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR POKOK MACHANG, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN APRIL 2023. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

POKOK MACHANG

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1684571948.jpg

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA KERJA DARUL HADIS PULAU PINANG

19 APRIL 2023: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA KERJA DARUL HADIS PULAU PINANG BERTEMPAT DI PENANG GOLF RESORT, KEPALA BATAS. MAJLIS TURUT DIHADIRI OLEH PENASIHAT KEHORMAT 1, DATO' SERI HJ HASSAN B. HJ AHMAD DAN PENASIHAT KEHORMAT 2, DATO' HJ ROSLI B. OTHMAN. PROGRAM DIMULAKAN DENGAN UCAPAN PENGERUSI YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH, USTAZ MOHAMAD HANIF B. HARON DAN SETIAUSAHA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH, USTAZ MOHD ASRIL B. CHE HASHIM. MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA SEMUA WARGA KERJA DARUL HADIS PULAU PINANG SEBELUM DIAKHIRI DENGAN JAMUAN BERBUKA PUASA. 

MAJLIS BERBUKA PUASA 2023

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1681199887.jpg

GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN 1444H

9 APRIL 2023: PADA HARI INI WARGA KERJA, PELAJAR DAN JEMAAH IBU BAPA DAN GURU (JIBG) PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH BERSAMA-SAMA BERGOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN 1444H. AKTIVITI YANG DIADAKAN SECARA RUTIN SETIAP TAHUN KALI INI TELAH MENGHASILKAN 400 PEK BUBUR LAMBUK. SEBAHAGIAN BUBUR LAMBUK INI KEMUDIANNYA DIEDARKAN KEPADA PENDUDUK DI KAWASAN SEKITAR POKOK MACHANG, TASEK GELUGOR DAN TAMAN KOSKAM.

GOTONG-ROYONG BUBUR LAMBUK RAMADAN 1444H

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1681199090.jpg

SINGGAH SAHUR 2023

8 APRIL 2023: BERMULA JAM 12 TENGAH MALAM SEHINGGA JAM 3.30 PAGI, SERAMAI 30 PETUGAS TERDIRI DARIPADA 4 NGO IAITU YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH, JABATAN AMAL KAWASAN TASEK GELUGOR, AL-AZHAR CARE DAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TASEK GELUGOR TELAH MENJAYAKAN PROGRAM SINGGAH SAHUR 2023 PADA MALAM NUZUL AL-QURAN. SEBANYAK 400 PEK BERUPA JUADAH MAKANAN SAHUR TELAH DIEDARKAN KE SEKITAR NEGERI PULAU PINANG DENGAN SASARAN PARA PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN GELANDANGAN. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK YDHAF DALAM MENJAYAKAN AGENDA KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN.

SINGGAH SAHUR 2023

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1680750627.jpg

PROGRAM KHIDMAT PELAJAR SMSTSSS

30 MAC 2023: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENERIMA KUNJUNGAN PELAJAR DARI SEKOLAH MENENGAH SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (SMSTSSS) DALAM PROGRAM SANTUNI PELAJAR TAHFIZ ANJURAN BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR) SMSTSSS. KIRA-KIRA 40 ORANG PELAJAR SMSTSSS TERLIBAT DALAM PROGRAM INI. ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN IALAH SESI SANTAI BERSAMA PELAJAR PPDHPP, GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKITAR PPDHPP, PENYAMPAIAN HADIAH DAN SUMBANGAN, IFTAR DAN SOLAT TERAWIKH. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN DAN SEMOGA DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN ANTARA KEDUA-DUA INSTITUSI.

KHIDMAT PELAJAR SMSTSSS

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1680747470.jpg

JEJAK ASNAF BULAN MAC 2023

30 MAC 2023: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR TAMAN DESA RAKYAT DAN TAMAN SERI DESA, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN MAC 2023. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON, PENGERUSI YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

TAMAN DESA RAKYAT & TAMAN SERI DESA

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1680745092.jpg

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1444H

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 2023/1444H BUAT SELURUH UMAT ISLAM.

SEMOGA RAMADAN KALI INI AMAT BERMAKNA BUAT KITA. SAMBUTLAH KEDATANGAN RAMADAN DENGAN MENINGKATKAN LAGI AMALAN DI SAMPING MENGHARAPKAN PENGAMPUNAN KEPADA ALLAH SWT.
RAMADHAN KAREEM.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1680744615.jpg

KULIAH DHUHA ISTIMEWA BERSAMA USTAZ ABDUL HALIM NASIR

20 MAC 2023: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN KULIAH DHUHA ISTIMEWA BERSAMA AL-FADHIL USTAZ ABDUL HALIM BIN NASIR. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MUSLIMIN MUSLIMAT YANG HADIR PADA HARI INI BAGI MENGIMARAHKAN MAJLIS ILMU DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

KULIAH DHUHA BERSAMA USTAZ ABDUL HALIM NASIR

LAGI

Page 8 of 25