https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1670609074.jpg

PROGRAM JEJAK ASNAF SEMPENA FESTIVAL SEDEKAD DARUL HADIS PULAU PINANG

7 OKTOBER 2022: PADA SEBELAH PETANG HARI PERTAMA FESTIVAL SEDEKAD DARUL HADIS PULAU PINANG (FIDANI) TELAH DIADAKAN PROGRAM JEJAK ASNAF BERTEMPAT DI PENTAS KHEMAH UTAMA DI PERKARANGAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. PADA PROGRAM INI CEO YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH, USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ MOHAMAD JAN TELAH MENYANTUNI DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN BERUPA BERAS DAN WANG TUNAI KEPADA 12 KELUARGA ASNAF YANG HADIR KE PROGRAM INI.

JEJAK ASNAF SEMPENA FIDANI

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1670608730.jpg

PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN & HADIS 40 PERINGKAT AKHIR

7 OKTOBER 2022: SERENTAK DENGAN KULIAH DHUHA BERSAMA USTAZ AHMAD DUSUKI, BERLANGSUNGNYA MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN DAN HAFAZAN HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI PERINGKAT AKHIR YANG DIADAKAN DI SURAU RAUDHAH AL-FIFILANIYYAH, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669644609.jpg

KULIAH DHUHA BERSAMA USTAZ DUSUKI

7 OKTOBER 2022: FESTIVAL SEDEKAD DARUL HADIS PULAU PINANG (FIDANI) DIMULAKAN DENGAN KULIAH DHUHA BERSAMA USTAZ AHMAD DUSUKI BIN ABD RANI, PENCERAMAH BEBAS DENGAN TAJUK "PERJUANGAN NABI DAN CABARAN DAKWAH MASA KINI". KULIAH DHUHA INI DIJALANKAN DI DEWAN TUAN GURU DATO SERI HAJI HASSAN HAJI AHMAD.

KULIAH DHUHA USTAZ DUSUKI

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669629708.jpg

PPDHPP MENERIMA ANUGERAH PENGURUSAN ZAKAT TERBAIK 2022

6 OKTOBER 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENERIMA ANUGERAH HUZAIFAH BIN AL-YAMANI IAITU ANUGERAH PENGURUSAN ZAKAT TERBAIK PADA MAJLIS HI-TEA WAKIL KUTIPAN ZAKAT PULAU PINANG BERTEMPAT DI HOTEL IXORA, JALAN BARU, PERAI. MAJLIS INI DIADAKAN BERTUJUAN MERAIKAN WAKIL-WAKIL KUTIPAN ZAKAT YANG BERDAFTAR DENGAN ZAKAT PULAU PINANG (ZPP). ANUGERAH INI TELAH MENUNJUKKAN PPDHPP SENTIASA MEMBERIKAN SEPENUHNYA TANGGUNGJAWAB DALAM MENGURUSKAN BAYARAN ZAKAT DARIPADA PEMBAYAR ZAKAT. TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK ZPP DAN SEMUA PEMBAYAR ZAKAT.

ANUGERAH PENGURUSAN ZAKAT TERBAIK 2022

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669626999.jpg

JEJAK ASNAF BULAN SEPTEMBER 2022

30 SEPTEMBER 2022: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR PERMATANG MANGGIS, PERMATANG BERANGAN C, SIMPANG TIGA DAN KAMPUNG BESAR, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN SEPTEMBER 2022. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ, CEO YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

PERMATANG MANGGIS

PERMATANG BERANGAN C

SIMPANG TIGA

KAMPUNG BESAR

 

 

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669625187.jpg

PERGINYA SEBUTIR PERMATA DUNIA

اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
PADA HARI INI DUNIA ISLAM TELAH KEHILANGAN SEBUTIR PERMATA. PERGINYA SEORANG ULAMA YG DIHORMATI DAN DISEGANI DUNIA IAITU SHEIKH PROF. DR. YUSUF AL-QARADAWI HAFIZAHULLAH, MANTAN KETUA KESATUAN ULAMA ISLAM SEDUNIA. SEMOGA ROH ALMARHUM DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH SWT DAN DITEMPATKAN DALAM KALANGAN MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.
 
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669617215.jpg

PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN DAN HAFAZAN HADIS 40 PERINGKAT SARINGAN

24 SEPTEMBER 2022: PADA HARI INI TELAH BERLANGSUNG PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN DAN HAFAZAN HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI ANJURAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG BERSEMPENA FESTIVAL SEDEKAD DARUL HADIS PULAU PINANG (FIDANI). PESERTA YANG BERJAYA AKAN KE PERINGKAT AKHIR YANG AKAN DIADAKAN PADA 6 OKTOBER 2022.

PENDAFTARAN SARINGAN

PERTANDINGAN PERINGKAT SARINGAN

 

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669616493.jpg

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PPDHPP

15 SEPTEMBER 2022: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). PROGRAM BERMULA DENGAN PERBARISAN RINGKAS DAN BACAAN SAJAK OLEH PELAJAR PPDHPP. PROGRAM DITERUSKAN DENGAN UCAPAN OLEH MUDIR TAHFIZ, USTAZ MOHD FARHAN BIN YUSUF DAN DISUDAHI DENGAN BACAAN DOA.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669615425.jpg

JEJAK ASNAF BULAN OGOS 2022

25 OGOS 2022: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR KAMPUNG DESA PURI, TAMAN SERI DESA DAN POKOK MACHANG, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN OGOS 2022. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ, CEO YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

KG DESA PURI

KG DESA PURI

POKOK MACHANG

POKOK MACHANG

TAMAN SERI DESA

TAMAN SERI DESA

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669614223.jpg

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-65 PERINGKAT PPDHPP

30 OGOS 2022: PADA HARI INI, SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-65 PERINGKAT PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH DIADAKAN BERTEMPAT DI DATARAN PELAJAR PPDHPP. PROGRAM DIMULAKAN DENGAN PERBARISAN PELAJAR DAN UCAPAN OLEH MUDIR AM PPDHPP USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON. PROGRAM DITERUSKAN DENGAN CERAMAH MOTIVASI OLEH USTAZ MUHAMMAD MUKMIN BIN MOKHTARUDDIN BERTEMPAT DI DEWAN SEMINAR BANGUNAN AKADEMIK PPDHPP. PROGRAM DILANJUTKAN DENGAN GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PADA SEBELAH TENGAH HARI DAN TAYANGAN FILEM BERKISARKAN PATRIOTISME PADA SEBELAH MALAM.

PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN KE-65
CERAMAH MOTIVASI, BUBUR ASYURA & TAYANGAN FILEM

 

LAGI

Page 14 of 25