https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669617215.jpg

PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN DAN HAFAZAN HADIS 40 PERINGKAT SARINGAN

24 SEPTEMBER 2022: PADA HARI INI TELAH BERLANGSUNG PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN DAN HAFAZAN HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI ANJURAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG BERSEMPENA FESTIVAL SEDEKAD DARUL HADIS PULAU PINANG (FIDANI). PESERTA YANG BERJAYA AKAN KE PERINGKAT AKHIR YANG AKAN DIADAKAN PADA 6 OKTOBER 2022.

PENDAFTARAN SARINGAN

PERTANDINGAN PERINGKAT SARINGAN

 

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669616493.jpg

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PPDHPP

15 SEPTEMBER 2022: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). PROGRAM BERMULA DENGAN PERBARISAN RINGKAS DAN BACAAN SAJAK OLEH PELAJAR PPDHPP. PROGRAM DITERUSKAN DENGAN UCAPAN OLEH MUDIR TAHFIZ, USTAZ MOHD FARHAN BIN YUSUF DAN DISUDAHI DENGAN BACAAN DOA.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669615425.jpg

JEJAK ASNAF BULAN OGOS 2022

25 OGOS 2022: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR KAMPUNG DESA PURI, TAMAN SERI DESA DAN POKOK MACHANG, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN OGOS 2022. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ, CEO YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

KG DESA PURI

KG DESA PURI

POKOK MACHANG

POKOK MACHANG

TAMAN SERI DESA

TAMAN SERI DESA

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669614223.jpg

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-65 PERINGKAT PPDHPP

30 OGOS 2022: PADA HARI INI, SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-65 PERINGKAT PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH DIADAKAN BERTEMPAT DI DATARAN PELAJAR PPDHPP. PROGRAM DIMULAKAN DENGAN PERBARISAN PELAJAR DAN UCAPAN OLEH MUDIR AM PPDHPP USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON. PROGRAM DITERUSKAN DENGAN CERAMAH MOTIVASI OLEH USTAZ MUHAMMAD MUKMIN BIN MOKHTARUDDIN BERTEMPAT DI DEWAN SEMINAR BANGUNAN AKADEMIK PPDHPP. PROGRAM DILANJUTKAN DENGAN GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PADA SEBELAH TENGAH HARI DAN TAYANGAN FILEM BERKISARKAN PATRIOTISME PADA SEBELAH MALAM.

PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN KE-65
CERAMAH MOTIVASI, BUBUR ASYURA & TAYANGAN FILEM

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669613089.jpg

KULIAH DHUHA KHAS PERIWAYATAN HADIS MUSALSAL

8 OGOS 2022: SEKITAR KULIAH DHUHA PADA PAGI BERKENAAN PERIWAYATAN HADIS MUSALSAL SEMPENA HARI ASYURA BERSAMA USTAZ MOHAMAD HANIF HARON (MUDIR AM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG) KULIAH DHUHA MINGGUAN PPDHPP BERLANGSUNG SEBANYAK 2 KALI SEMINGGU IAITU PADA HARI ISNIN DAN RABU.
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669611356.jpg

KULIAH DHUHA KHAS BERSAMA USTAZ NABIL AHMAD

30 JULAI 2022: SEKITAR KULIAH DHUHA KHAS PADA PAGI INI BERSAMA USTAZ NABIL AHMAD (PERSONALITI TV ASTRO OASIS, ALHIJRAH & TV1 RTM) BERTEMPAT DI SURAU RAUDHAH AL FILFILANIYYAH, PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG. SEMOGA DENGAN ILMU YANG DISAMPAIKAN DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN SEBAIKNYA UNTUK SAMA-SAMA PERBAIKI DIRI INSYA ALLAH.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669610867.jpg

JEJAK ASNAF BULAN JULAI 2022

30 JULAI 2022: YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) MENYANTUNI MASYARAKAT SEKITAR KAMPUNG DESA PURI, TASEK GELUGOR DALAM PROGRAM JEJAK ASNAF BAGI BULAN JULAI 2022. SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN WANG TUNAI TELAH DISAMPAIKAN SENDIRI OLEH USTAZ MUHAMMAD FAWWAZ, CEO YDHAF. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK KAMI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ASNAF.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669610302.jpg

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1444H

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 2022/1444H BUAT SEMUA UMAT ISLAM.

SEMOGA PADA TAHUN BARU INI DAPAT KITA MEMPERBAIKI DIRI, MENINGKATKAN LAGI KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWT. MARI JADIKAN TAHUN BARU INI LEBIH BAIK DARI TAHUN LALU ✨
SALAM MAAL HIJRAH 1444 DAN SELAMAT TAHUN BARU ISLAM.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1669610067.jpg

TAHNIAH KEPADA USTAZ DATO HAJI ROSLI BIN OTHMAN

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA USTAZ DATO HAJI ROSLI BIN OTHMAN (PENASIHAT KEHORMAT II PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG) ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI (D.S.P.N) SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022 DALAM ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1668505392.jpg

KUNJUNGAN DARI ZAKAT PULAU PINANG

25 JULAI 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH DIKUNJUNGI OLEH WAKIL DARI ZAKAT PULAU PINANG. KUNJUNGAN INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN MAKLUMAT MENGENAI KAEDAH BAHARU PEMBAYARAN ZAKAT WAKALAH BULANAN. PPDHPP MERUPAKAN WAKIL KUTIPAN ZAKAT BERTANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN BAYARAN ZAKAT YANG DITERIMA DARIPADA PEMBAYAR ZAKAT KEPADA ZAKAT PULAU PINANG SECARA BULANAN.

LAGI

Page 16 of 27