https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1680744547.jpg

HARI SUKAN TAHUNAN 2023

18 MAC 2023: TEMASYA HARI SUKAN TAHUNAN PPDHPP 2023 TELAH DIADAKAN PADA HARI INI BERTEMPAT DI PADANG SMKA AL-IRSHAD, KEPALA BATAS. PELBAGAI ACARA SUKAN DIPERTANDINGKAN SEPERTI LUMBA LARI, LONTAR PELURU, BOLA SEPAK, BOLA BALING, TARIK TALI SERTA ACARA KHAS SUKANEKA UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR BAWAH 7 TAHUN. TEMASYA DIMERIAHKAN DENGAN PENYERTAAN ACARA SUKAN OLEH PELAJAR, WARGA KERJA DAN WARIS PELAJAR. PADA PENGHUJUNG TEMASYA DIADAKAN PENYAMPAIAN HADIAH DAN PERASMIAN PROGRAM QARYAH RAMADAN 1444H SEMPENA KEDATANGAN BULAN RAMADAN. TEMASYA KALI INI MENYAKSIKAN RUMAH KUNING TELAH DINOBATKAN SEBAGAI JOHAN KESELURUHAN.

HARI SUKAN TAHUNAN 2023

HARI SUKAN TAHUNAN 2023 (VIDEO)

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1680744477.jpg

PELAJAR KE-6 BERJAYA LULUS UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK AL-QURAN

17 MAC 2023: ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT PADA HARI INI SEORANG LAGI PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH SELESAI MENJALANI UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK. UJIAN YANG BERLANGSUNG SELAMA DUA HARI IAITU PADA 16 HINGGA 17 MAC 2023 OLEH ADIK MUHAMMAD AMIR RAHMAN BIN MOHD NAZRI, 14 TAHUN. BELIAU MERUPAKAN PELAJAR KEENAM YANG BERJAYA MENYELESAIKAN UJIAN SYAHADAH 30 JUZUK AL-QURAN DI PPDHPP. SEMOGA KEJAYAAN INI DAPAT MENJADI CONTOH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG LAIN SUPAYA DAPAT MENGHABISKAN HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN UNTUK MENJADI BEKALAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

UJIAN SYAHADAH MUHAMMAD AMIR RAHMAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1680744390.jpg

SESI PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN 2022

16 MAC 2023: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN SESI PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN 2022 BERTEMPAT DI DEWAN SEMINAR BANGUNAN AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP). PADA SESI INI SETIAP JABATAN BAWAH PPDHPP, YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) DAN KOPERASI WARGA DARUL HADIS PULAU PINANG BERHAD (KWDHPPB) MEMBENTANGKAN LAPORAN YANG MERANGKUMI AKTIVITI, PENCAPAIAN DAN INDEKS PRESTASI UTAMA (KPI) SEPANJANG TAHUN 2022 UNTUK DINILAI DAN DIMUHASABAHKAN. PEMBENTANGAN DIJALANKAN DI HADAPAN AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YDHAF. DI PENGHUJUNG SESI TELAH DIADAKAN PENYAMPAIAN SAGUHATI KEPADA WARGA KERJA YANG TELAH DIANUGERAHKAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG BAGI TAHUN 2022 IAITU USTAZ MUHAMMAD AFIQ BIN ZAINAL BAGI KATEGORI GURU DAN MUHAMAD AIDILFITRI BIN JAMHARI BAGI KATEGORI SELAIN GURU. PEMBENTANGAN INI AKAN DIJADIKAN PROGRAM WAJIB YANG AKAN DIJALANKAN SETIAP TAHUN BAGI MENAMBAHBAIK PRESTASI SETIAP WARGA KERJA.

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1680744152.jpg

KULIAH DHUHA ISTIMEWA BERSAMA DATO SHEIKH BADERUDIN BIN HAJI AHMAD

15 MAC 2023: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN KULIAH DHUHA ISTIMEWA BERSAMA AL-FADHIL DATO SHEIKH BADERUDIN BIN HAJI AHMAD, MANTAN MUFTI NEGERI KEDAH. SELESAI KULIAH, PARA HADIRIN MENIKMATI JAMUAN RINGAN YANG DISUMBANG OLEH SEORANG PENDERMA. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MUSLIMIN MUSLIMAT YANG HADIR PADA HARI INI BAGI MENGIMARAHKAN MAJLIS ILMU DI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG.

KULIAH DHUHA BERSAMA DATO SHEIKH BADERUDIN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1680743924.jpg

KURSUS IMAM DAN BILAL 2023

14 MAC 2023: JABATAN HAL EHWAL MURID DAN AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENGADAKAN KURSUS IMAM DAN BILAL SESI 2023 BERTEMPAT DI DEWAN SEMINAR BANGUNAN AKADEMIK PPDHPP. KURSUS INI DIADAKAN BAGI MEMBERI ILMU DAN KEFAHAMAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG AKAN BERTUGAS MENJADI IMAM DAN BILAL SEPANJANG TAHUN 2023 DAN JUGA SEPANJANG RAMADAN 1444H TIDAK LAMA LAGI. KURSUS DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MUHAMMAD HANIF B. RAMLI, GURU SRITI DARUL HADIS TASEK GELUGOR.

KURSUS IMAM DAN BILAL 2023

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1680743817.jpg

GOTONG-ROYONG KECERIAAN SEMPENA KEDATANGAN RAMADAN 1444H

11 MAC 2023: JEMAAH IBU BAPA DAN GURU PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (JIBG PPDHPP) TELAH MENGADAKAN GOTONG-ROYONG KECERIAAN SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADAN 1444H. GOTONG-ROTONG YANG DIHADIRI OLEH PARA WARIS PELAJAR DAN WARGA KERJA PPDHPP MEMFOKUSKAN PEMBERSIHAN DAN KECERIAAN DI KAWASAN SEKITAR SURAU RAUDHAH AL-FILFILANIYYAH, BANGUNAN AKADEMIK, DEWAN MAKAN DAN HALAMAN REKREASI. SETELAH TAMAT GOTONG-ROYONG, HADIRIN MENJAMU SELERA DENGAN JAMUAN RINGAN YANG DIBAWA OLEH PARA WARIS.

GOTONG-ROYONG KECERIAAN BERSAMA JIBG

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1679994219.jpg

TAKLIMAT CAKNA KESIHATAN PERGIGIAN

7 MAC 2023: PADA HARI INI TELAH DIADAKAN PROGRAM TAKLIMAT CAKNA KESIHATAN PERGIGIAN KEPADA PELAJAR PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) BERTEMPAT DI DEWAN TUAN GURU DATO' SERI HJ HASSAN HJ AHMAD, PPDHPP. PROGRAM INI DIANJURKAN OLEH JEMAAH IBU BAPA DAN GURU (JIBG) PPDHPP DENGAN KERJASAMA PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (PKPDSPU). PADA PROGRAM INI PARA PELAJAR DIBERIKAN CERAMAH MENGENAI KESIHATAN PERGIGIAN DAN PARA PELAJAR JUGA TELAH MENJALANI PEMERIKSAAN GIGI OLEH PETUGAS PKPDSPU.

TAKLIMAT CAKNA KESIHATAN PERGIGIAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1679986043.jpg

MAJLIS SUMBANGAN BACK TO SCHOOL 2023

4 MAC 2023: PADA HARI INI YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) DENGAN KERJASAMA MASJID JAMIUL SHARIF, POKOK MACHANG TELAH MENGADAKAN MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN BACK TO SCHOOL 2023. MAJLIS YANG DIADAKAN DI MASJID JAMIUL SHARIF BERTUJUAN MEMBANTU ANAK-ANAK PELAJAR KELUARGA ASNAF MEMBUAT PERSIAPAN SEBELUM BERMULANYA SESI PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2023 PADA 20 MAC INI. SUMBANGAN TELAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MOHAMAD HANIF HARON, PENGERUSI YDHAF BERSAMA AHLI JAWATANKUASA MASJID JAMIUL SHARIF, POKOK MACHANG KEPADA PARA PELAJAR YANG TERPILIH. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG TELAH MENYUMBANG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.

SUMBANGAN BACK TO SCHOOL 1

SUMBANGAN BACK TO SCHOOL 2

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1679985228.jpg

MUKHAYYAM TARBAWI 2023

3 - 4 MAC 2023: SATU PROGRAM BERBENTUK KEM TELAH DIADAKAN PADA 3 HINGGA 4 MAC 2023 BERTEMPAT DI KEM DANGAU AYAH, PADANG SERAI, KEDAH. PROGRAM YANG DIBERI NAMA MUKHAYYAM TARBAWI 2023 INI MERUPAKAN SEBUAH PROGRAM KEM KHAS UNTUK PELAJAR BAHARU SESI KEMASUKAN 2023 BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI MEREKA DI SAMPING MEMBERIKAN LATIHAN KEHIDUPAN PENGHAFAZ AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN PELAJAR DI ASRAMA. SEMOGA PARA PELAJAR DAPAT MENGAPLIKASIKAN ILMU-ILMU YANG DIPEROLEH SEPANJANG PROGRAM KALI INI DAN TERUS BERSEMANGAT UNTUK MENJADI HUFFAZ KELAK.

MUKHAYYAM TARBAWI HUFFAZ

LAGI

Page 9 of 25