https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1650596798.jpg

SINGGAH SAHUR SANTUNI PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN GELANDANGAN

19 APRIL 2022: BERMULA JAM 12 TENGAH MALAM SEHINGGA JAM 3.30 PAGI, SERAMAI 25 PETUGAS TERDIRI DARIPADA 5 NGO IAITU YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH, JABATAN AMAL KAWASAN TASEK GELUGOR, AL-AZHAR CARE, DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TASEK GELUGOR DAN AL HADDAD MARKETING SDN BHD TELAH MENJAYAKAN PROGRAM SINGGAH SAHUR PADA MALAM NUZUL QURAN. SEBANYAK 300 PEK BERUPA JUADAH MAKANAN SAHUR TELAH DIEDARKAN KE 17 TEMPAT SEKITAR NEGERI PULAU PINANG DENGAN SASARAN PARA PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN GELANDANGAN. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG SENTIASA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK YDHAF DALAM MENJAYAKAN AGENDA KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN.
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1650596244.jpg

LAWATAN KE IBU PEJABAT SPRM PULAU PINANG

22 MAC 2022: PADA PAGI INI DELEGASI YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH MENGUNJUNGI IBU PEJABAT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) PULAU PINANG BAGI TUJUAN MENJALINKAN HUBUNGAN KERJASAMA ANTARA KEDUA-DUA PIHAK. KEHADIRAN DELEGASI YDHAF TELAH DISAMBUT BAIK OLEH PENGARAH SPRM PULAU PINANG, PN LIM BEE KEAN BERSAMA BEBERAPA PEGAWAI YANG LAIN. BEBERAPA TOPIK PERBINCANGAN KHUSUSNYA BERKAITAN URUS TADBIR PENGURUSAN, KEWANGAN, ISU SALAH GUNA KUASA DAN RASUAH TURUT DIBINCANGKAN BAGI MEMASTIKAN PENGURUSAN YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH DAN PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG BERSIH DARIPADA UNSUR-UNSUR YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG INI. PENGERUSI YDHAF, USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON TURUT MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA MEREKA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN.
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1650594225.jpg

KUNJUNGAN PENSYARAH UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH

28 JANUARI 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG DIKUNJUNGI DR AMRU MUHAMMAD SALAM, PENSYARAH UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH (UNISHAMS). SEMOGA PERKONGSIAN YANG DIBERIKAN MAMPU MENJAYAKAN VISI DAN MISI YANG INGIN DIBAWA OLEH PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG

 
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1649728362.jpg

KUNJUNGAN DARI AKADEMI DARUL IFTAK

27 JANUARI 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG MENERIMA KUNJUNGAN KAKITANGAN DARI AKADEMI DARUL IFTAK, SUNGAI PETANI. KUNJUNGAN INI BERTUJUAN UNTUK BERKONGSI PENDAPAT DAN PANDANGAN BERKAITAN SISTEM PENGAJIAN SERTA KEMENJADIAN PELAJAR-PELAJAR. SEMOGA HUBUNGAN KEDUA-KEDUA INSTITUSI MENJADI LEBIH ERAT DALAM USAHA UNTUK MELAHIRKAN LEBIH RAMAI HUFFAZ DAN ILMUAN ISLAM.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1648716145.jpg

TAJAAN PEMBELIAN KOMPUTER ATAU KOMPUTER RIBA

PIHAK KAMI MEMBUKA PELUANG KEPADA ORANG RAMAI UNTUK MEMBERIKAN SUMBANGAN BAGI PEMBELIAN KOMPUTER ATAU KOMPUTER RIBA UNTUK DIBERIKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH AGAMA RAKYAT. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN BERIKUT:

BANK ISLAM
07043011051947

MAYBANK
557250065203

ATAS NAMA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH
REFERENCE: TAJAAN KOMPUTER

HANTARKAN BUTIRAN KE👇
WHTSAP

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1648700229.jpg

KUNJUNGAN DARI GIATMARA NEGERI PULAU PINANG

13 JANUARI 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH DIKUNJUNGI OLEH WAKIL DARI GIATMARA NEGERI PULAU PINANG SUSULAN SELESAI KERJA-KERJA PEMBAIKAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK GIATMARA MELIBATKAN ASRAMA PELAJAR, DEWAN SEMINAR DAN LAMPU LIMPAH DI RAUDHAH DAN TANDAS AWAM BERHAMPIRAN PEJABAT. TERIMA KASIH KEPADA GIATMARA NEGERI PULAU PINANG ATAS BANTUAN PEMBAIKAN YANG TELAH DILAKUKAN.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1648699070.jpg

PERTEMUAN MAHABBAH MAJLIS TAALIM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG

9 JANUARI 2022: SATU PERTEMUAN MAHABBAH ANTARA PARA AMILIN MAJLIS TAALIM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG DAN MUDIR AM PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG, AL-FADHIL USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARON TELAH DIADAKAN PADA HARI INI BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT PPDHPP. PERTEMUAN INI BERTUJUAN UNTUK MERANCAKKAN SEMULA AKTIVITI MAJLIS TAALIM SETELAH HAMPIR DUA TAHUN TIDAK DAPAT MENJALANKAN AKTIVITI AKIBAT PANDEMIK COVID-19. TURUT HADIR PADA PERTEMUAN INI IALAH AL-FADHIL USTAZ MOHD ASRIL HAFIZ BIN CHE HASHIM, SETIAUSAHA YAYASAN DARUL HADIS AL-FILFILANIYYAH. SEMOGA PERTEMUAN MAHABBAH INI DAPAT MEMBERIKAN NAFAS BARU KEPADA AKTIVITI MAJLIS TAALIM YANG AKAN DATANG.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1648696427.jpg

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2022

9 JANUARI 2022: PADA HARI INI PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG (PPDHPP) TELAH MENGADAKAN MAJLIS PENDAFTARAN DAN SAMBUTAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI PENGAJIAN TAHUN 2022. MAJLIS YANG BERMULA PADA PUKUL 8.00 PAGI DIMULAKAN DENGAN SESI PENDAFTARAN MELALUI KAUNTER-KAUNTER YANG DISEDIAKAN. KEMUDIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UCAPAN DAN TAKLIMAT DARIPADA MUDIR TAHFIZ, MUDIR AM DAN PENGERUSI JIBG. MAJLIS DIAKHIRI DENGAN SESI BERGAMBAR DAN PENYERAHAN PELAJAR KEPADA PIHAK PPDHPP. SEBANYAK 25 ORANG PELAJAR TELAH TERPILIH UNTUK MEMASUKI PENGAJIAN DI PPDHPP BAGI SESI KALI INI. SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU DAN SEMOGA KELAK AKAN MENJADI HUFFAZ DAN MUHADDISIN YANG AKAN BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1648695950.jpg

PELANTIKAN PENGERUSI KOPERASI WARGA DARUL HADIS PULAU PINANG BERHAD YANG BAHARU

4 JANUARI 2022: PADA HARI INI SECARA RASMINYA HJ ANNUAR BIN ISMAIL TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI KOPERASI WARGA DARUL HADIS PULAU PINANG BERHAD YANG BAHARU. SEMOGA DAPAT MENGEMUDI KOPERASI DENGAN PENUH DEDIKASI DAN DAPAT MEMAJUKAN ORGANISASI INI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulhadispp/content/news/newsf1_DH010_1648692859.jpg

MISI BANTUAN BENCANA BANJIR SELANGOR

30 DISEMBER 2021: WARGA KERJA YAYASAN DARUL HADIS AL FILFILANIYYAH (YDHAF) TELAH TURUN MENYANTUNI DAN MEMBANTU PENDUDUK YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR BESAR YANG MELANDA NEGERI SELANGOR. MISI BANTUAN INI TERTUMPU DI KAWASAN TERJEJAS BANJIR SEKITAR KAWASAN BANTING, SELANGOR. BANTUAN YANG DIBERIKAN KEPADA PENDUDUK ANTARANYA BARANG KEPERLUAN ASAS, PAKAIAN, BARANGAN MASAKAN DAN MAKANAN KERING DENGAN JUMLAH SEBANYAK RM11,295.00 MELALUI DANA YANG DIKUMPULKAN OLEH ORANG RAMAI. SEMOGA BANTUAN INI DAPAT MERINGANKAN BEBAN PENDUDUK YANG TERJEJAS BANJIR. TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG TELAH MENYUMBANG UNTUK MISI BANTUAN KALI INI.

LAGI

Page 22 of 30